Pages

Saturday, January 6, 2024

Menyantuni Majlis Perkahwinan Anak Unimate

30/12/23 kami menerima jemputan Majlis Perkahwinan dari rakan UUM, Uncle Chemat dan Auntie Limah. Majlis diadakan di Utropolis Marketplace, Shah Alam.
Majlis ni tertutup dan ada seating arrangement jadi kami perlu memenuhi agenda tuan rumah.

Ini paling menarik. Apabila pasangan mempelai berjalan menuju pelamin, ayah pengantin menyanyikan lagu Lemak Manis. Sedap betul lah suara uncle Chemat ni. Beliau juga telah menyanyikan lagu ni semasa Majlis Reunion UUM tahun lepas. Sehingga ada yang mengusik bahawa beliau telah praktis menyanyi setahun 😁

Enjoy betul tetamu yang hadir. Masing-masing pun turut menyanyi.
Selepas itu adalah live band kawan-kawan pengantin lelaki.
Bagus betul mereka ni, ada cara tersendiri meraikan rakan kahwin. 


Ibu semeja dengan Acik Meeza.



DJ memanggil rakan-rakan UUM yang dijemput (ada 5 meja) untuk bergambar di atas pentas pelamin atas permintaan bapa pengantin. Macam mini-RU pula.
Selepas itu ayah pula menyanyi lagu Cek Mek Molek atas permintaan uncle Chemat. Masa ni kami masih berdiri kat pentas lagi. 
Masing-masing pun sporting nyanyi ramai-ramai.

Uncle Chemat dan Auntie Limah specifically ni memang jenis yang periang. Happening betul majlis malam tu.

Last for the album.

 
Cute je goodie beg yang berisi coklat dan gula-gula.

Ada booth untuk ambil gambar, kita pun buatlah aksi.

4 comments:

  1. Selamat Pengantin Baharu buat kedua mempelai.

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai..

    ReplyDelete
  3. Cantik betul ya dewannya. Banyak bunga2....Selamat Pengantin Baru!

    ReplyDelete