2 hari lepas adik-adik di ofis suggest nak buat bibimbap untuk lunch hari Jumaat.
Bahan-bahan yang perlu dibawa :-
- nasi
- sosej/daging/ayam
- telur mata
- taugeh
- cendawan shitake/butang
- bayam
- carrot
- gochujang
- sesame oil
- sesame seed
- seeweed
ayam korea
sos
- gochujang
- sesame seed
- madu
- bwg putih + halia
ayam popcorn
Masing-masing ambil sorang satu bahan yang diperlukan. Ada juga yang bawa buah, air pilihan dan kuih-muih.
Biasalah... bila dah 15 orang ni macam-macam yang nak volunteer bawa apa.
Ibu bawa telur goreng.
Semua makanan yang dibawa tu perlu dimasak dulu.
Belajar sikit istilah dalam bahasa Korea.
Bibimbap, disebut sebagai bi bim bap atau bi bim bop, ialah hidangan nasi Korea. Istilah bibim bermaksud "mencampurkan" dan bap ialah nasi yang telah dimasak. Ia dihidangkan sebagai semangkuk nasi putih hangat yang dihiasi dengan namul dan gochujang. Ditambah telur dan daging yang dihiris dan dikacau sebati sebelum dimakan.
Namul merujuk kepada sama ada pelbagai jenis rumput atau daun yang boleh dimakan. Bahasa mudah sayur-sayuran.
Gochujang atau pes cili merah ialah perasa yang difermentasi. Ia agak manis dan pedas yang popular dalam masakan Korea.
Sos gochujang tu salah seorang dari mereka yang buat. Kalau tak silap beli sos gochujang kemudian ditambah ikut citarasa sendiri.
Bagus betullah adik-adik di ofis ibu ni.
Campurkan bahan-bahan.
Drumstick dan drummet tu belum tambah Korean sauce lagi.
Sarung tangan pun memang ada kat pantri. Rasa dulu guna masa kami incharge annual lunch for whole staff.
Kalau beli yang dalam botol tu agak pedas tapi ini just nice.
Ada balance boleh tapau.
Alhamdulillah.. sedap semuanya.
Wah meriahnya! Seronok pakat merewang gini hehe...
ReplyDeleteMeriah merewang tu. Syok ada team mate ramai gini.
ReplyDeleteAmboiiii...gatheringkorean food...menarik..
ReplyDeletesedapnya bibimbap.
ReplyDelete