Pages

Wednesday, January 31, 2024

Makan Malam di Kunak Western Food

Hari Selasa, Abang Imi ajak makan chicken chop di Kunak Western Food. Ok je janji ibu tak perlu drive. Ibu pun tak confident lah jalan ke sana jadi guna waze je. Waze tu nak senang je lah, dibawanya ikut DASH. Ok jugalah sebab petang tu orang balik kerja jadi jimatlah masa tak perlu lalu kesesakan jalan raya. Bila nak sampai, kami pun rasa pelik kenapa jalan yang diberi lain sangat. Kena lalu rumah orang. Dahlah masuk Kampung Melayu Subang yang banyak rumah-rumah. Bila nak sampai tu memang kena masuk lorong ke dalam. ahhh... sudah... ibu call Kawi betul tak nama kedai tu Kunak. Kawi kata gerai tu dah pindah. So betullah tempat yang kami nak tuju tu.

Rupanya gerai ni pindah bersebelahan dengan rumah owner disebabkan salah satu gerai MBSA mengalami kebakaran dan semua peniaga diarahkan pindah pada bulan June 2023. Gerai sekarang ni di Kampung Melayu Subang manakala gerai MBSA sebelum ni terletak di Subang Perdana.

Yang tak bestnya, parking susah pula. Mujur kami sampai tu awal lagi jadi boleh lah park kereta di kawasan car wash tapi kena jalan ke belakang lalu rumah-rumah orang. Kalau parking situ penuh tak tau lah mana nak park sebab jalan besar situ tak ada bahu jalan pula.



Antara menu-menu yang ada.

Teh ais untuk Bami manakala ibu ambil kopi-o ais.

Gerai ni dibuka Selasa hingga Ahad dari jam 4.30 - 11.30 pm
Tutup setiap hari Isnin.

Setup simple je tapi makanan semua sedap dan harga lebih murah berbanding tempat lain. Itu sebab mereka boleh jual secara volume.

Mushroom grilled chicken RM10

Fish & Chip RM12

Bungkuskan untuk ayah dan Abang Imi untuk supper 😎
Baby Chicken Grilled RM10
Nasi Goreng Chicken Chop RM12
Fresh Orange

Total semua RM54
Bila ibu kira 3 jenis air RM10 dan yang lain tu makanan.

Selagi tak bawa Bami ke sini, nanti asyik berzikir je dia.
Dah sampai ni, tak ada lah ibu nak teringat nanti bila Bami balik ke Terengganu semula.

Anak lelaki ni simple, bawa je lah ke gerai makan yang dia suka, pun dah cukup.



 

8 comments:

  1. sedapnye.. air tea ais tu paling nampak sedap.. dah lama betul puasa x minum air manis gula/susu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mula Lady... nanti dah mula sukar nak berhenti 😁

      Delete
  2. Terkejut juga baca perkataan 'Kunak' sebab Kunak tu satu daerah di Sabah, letaknya di tengah-tengah antara Semporna dan Lahad Datu. Bila pula masanya Faizah datang ke Kunak, dan senyap-senyap pula tu tak bagi tahu orang Lahad Datu hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sampai Kunak kak hehehe.. moga ada rezeki jalan-jalan sana.
      Gamaknya owner berasal dari sana, ramai gak yang bertanya2 tapi tak nampak jawapannya kenapa nama resto tu Kunak.

      Delete
  3. Restoran ini khusus menyediakan makanan barat ya Mbak.
    Kalau disana, saya pesan teh es dan Mushroom grilled chicken saja. Sangat mengundang selera ketika melihat fotonya.

    Salam,

    ReplyDelete
  4. Menu nya lumayan banyak ya kak 👍. Ini anak saya yg sulung sukaaa menu western. Kalo yg bungsu, lebih suka lokal atau menu kampung 😄.

    Tapi memang kalo lokasi. Dalam daerah perumahan, pasti sukar nak parking. Harusnya mereka sediakan lahan untuk itu. Tak akan pula kita parking depan rumah orang kan.

    ReplyDelete
  5. Harganya reasonable ye Kak, mungkin sbb tu jadi tumpuan ramai ...
    Cuti semester ye skrg?

    ReplyDelete
  6. Bami cuti untuk study week rupanya...seronok la akak masa ni kan..

    ReplyDelete