Pages

Saturday, January 20, 2024

Santai Sabtu

Pagi tadi masa nak keluar rumah jam 7 am nampak masih gelap. Ye lah.. kot nak hujan. Jadi ibu tunggu 10 minit lagi. Sampai Dragonfly Park dah cerah namun orang tak ramai lagi. Terjumpa dengan Cik Ana dan Ain yang baru sampai juga.

Selepas 1 round tasik, Cik Man dan Cik Baya pulak sampai. Ehhh... dah macam family reunion pulak datang park. Cik Baya kata ada lagi yang nak sampai. Tengok-tengok Cik Zie dan Cik Elis pun sampai. Mereka tidur rumah nenek sebab malam tadi Cik Elis urut dengan Nenek Ina.

Hari ni kaki ibu kuat sikit, jadi bolehlah certain tempat tu lari sikit, pelan-pelan. Yang lain tu jalan je. Dapatlah 3 kali pusingan tasik.

Ambil dari status whatsap Cik Man. Sementara tunggu Ain sampai.

Ada kawan Ain terselit. Ain buat last round 1 pusingan dengan kawannya.

Lepas keluarkan peluh kita reload carbo pula di Restoren Royale Afra, Eco Grandeur.

Ibu makan set roti puri ni. Share2 lah dengan Cik Elis. Makan ramai-ramai bolehlah habis. Balik rumah nenek diorang sambung lagi breakfast nenek masak sebab nak minum air kesedapan. Rugilah ibu tak singgah.

Hari ni memang dah plan nak buat kerja rumah cepat-cepat. Sampai rumah terus jemur kain yang ibu dah masuk dalam mesin basuh sebelum keluar tadi. Lepastu gosok baju kerja, tudung sekali. Sapu separuh rumah dan mop lantai. Itu pun sudah jam 1.30 pm. Rehat kejap tengok KDrama. 

1.45 petang baru masuk dapur masak untuk lunch.
Macam biasa masak simple je. Hari ni berdua dengan Abang Imi di rumah. Semalam ayah ke Janda Baik atas urusan kerja.
 
Lunch hari ni, Nasi Kari Kambing Adabi
Ibu pakai beras biasa je sebab beras basmathi takde stok kat rumah. Bila guna beras biasa nampak macam lembik pula. Kalau guna beras basmathi jadi sebiji-sebiji.
Ibu pernah buat di sini.


Nasi Kari Kambing Adabi

Bahan-bahan
1 tin Kari Kambing Adabi
2 pot beras biasa
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 sekawan
1/2 inci halia
1 helai daun pandan 
2 sudu besar butter
1/4 tin susu cair
1 biji tomato potong dadu
Akar ketumbar
Garam dan secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan butter, masukkan bawang merah dan putih yang dihiris, 4 sekawan, halia, daun pandan dan akar ketumbar dan tomato hingga naik bau
2. Masukkan kari kambing gaul sebati
3. Masukkan susu kacau dan masukkan garam sikit dan serbuk secukup rasa
4. Masukkan beras dan sesuaikan cecair
5. LP 7 minit, bila dah masak taburkan daun ketumbar. Kalau ada kismis atau kacang gajus bolehlah letak
Makan dengan air asam
Ini pun buat yang simple je, hanya ada cili, belacan gula yang diblend (ibu tumbuk je sebab blender rosak), tambahkan air asam jawa dan potongan tomato dan bawang besar.

Sedaplah makan sebab ada pedas-pedas.

Malam blogwalking dan update blog sambil-sambil tu tengok AFC Asian Cup, Korea vs Jordon.
Tunggu Malaysia lawan Bahrain jam 10.30 pm.

Dinner makan fries je, nasi siang tadi ada lagi tapi malas nak makan nasi.

*******************

No news is good news

Dah jadi pungguk rindukan bulan sebab tunggu Wafi call hari ni.
Rasa sepanjang Wafi di asrama 2 kali tak call sebab busy katanya.
Sudah terbiasa every day dengar suaranya, bila tak call, rasa kosong pula.

Tunggulah... kalau jam 10.30 to 10.45 malam ni tak call, tak ada lah tu.
Mungkin itulah yang dialami oleh sesetengah ibu, bila anak dah makin selesa dan aktiviti penuh di sekolah, mulalah jarang dengar suara anak. Macam Wafi few months awal-awal di asrama akan call sehari 2-3 kali, kalau cuti weekend tu fixed 4 kali call. Masa tu kalau call je mesti cakap nak balik rumah huhu.. bertabah lah ibu ayah.

Sekarang sekali je call dalam sehari unless ada benda yang perlukan jawapan atau kepastian dari ibu, baru dia call 2 kali.



8 comments:

  1. Best juga tu santai2 hujung minggu banyak aktiviti boleh buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila usia dah banyak ni kalau boleh nak duduk rumah je relax2

      Delete
  2. seronok kalau jalan rama-ramai mcm ni... tp bila ramai, jogingnya x berapa nak menjadi sebab ralit cakap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jog sendiri2 sebab masing-masing ada pace yang nak dicapai. Kebetulan masa sampai di park hampir sama jadi bila dah selesai jog bolehlah berkumpul.

      Delete
  3. Bw hari ni semua post pasal makanan. Mujurlah dah malam haha...
    Si Abang pun skrg nak call seminggu sekali pun payah. Awal dulu pukul 5 pagi dah call 😂

    ReplyDelete
  4. Wafi sudah selesa sesuaikan diri di sana ye.
    Begitulah anak-anak, memang si ibu jadi pungguk rindukan bulan.

    ReplyDelete
  5. Mungkin Krn hubungan saya tak terlalu rapat dengan parents, jadi dulu saat sekolah, memang selalu parents yg telp, tak pernah saya. Zaman kuliah itu juga LBH sering mereka. Dulu memang parents keras mendidik kami, jadi ada rasa takut kalo bicara 😅

    Beda dengan anak skr, saya pun dekat dengan anak2. Kemarin saya ke east Europe dengan teman2 selama 2 Minggu, heboh mereka tiap hari call maminya 😄. Harap2 saat mereka kuliah dan jauh dari rumah, saya tetap bisa sedekat itu dengan mereka.

    ReplyDelete
  6. Wafi dha seronok belajar kat sana..dah kurang home sick..abis la ibu yang kena ulang2 ke sana plak...

    ReplyDelete