Pages

Wednesday, January 24, 2024

Pulang Bermalam

Sempena Cuti Thaipusam, Negeri Kedah ambil sebagai cuti peristiwa. Jadi dapatlah anak² sekolah bercuti selama 3 hari. Kali ni Wafi balik berempat dengan kawan² latest intake yang baru daftar 3/1 tempohari. Ada Najlaa, Mia dan Alma. Alma akan turun di KL Sentral.

Ibu macam biasa ambil time off untuk jemput Wafi. Hujan sepanjang jalan dan beberapa tempatnair bertakung di tepi jalan. By 6 pm ibu dah sampai di Stesen KTM Sungai Buloh. 6.40 pm Wafi dan kawan² sampai.

Ambil gambar bersama mommies dan anak².

Alhamdulillah sudah ada geng PB setelah few times balik solo.


Sampai kat parking lot baru perasan tayar pancit. Ibu cuba call Honda Assist tapi line kat parking tak ada. Jadi kena turun kat bahagian kaunter tiket parking.

Staff KTM yang jaga parking tanya kenapa.. ibu beritahulah line kat atas tak ada, nak call orang sebab tayar pancit.

Takpe kak.. mari saya tolong.

Tayar, screw jack ada?

Semua ada.

Allahu... terharunya dapat jumpa orang baik² ni. 

Lupa pulak nak tanya nama.

Bila nak pasang tayar spare tu seorang kawan yang jaga kaunter juga datang tolong.

Terima kasih adik berdua... Allah jua yang dapat membalas kebaikan kalian 🤲

Sempat lagi posing kat parking sementara tunggu mereka selesai.

Rindu sama kamu!

Setel semua gerak balik singgah dulu di Petron Amanpuri untuk solat Maghrib.

Wafi kata nak makan pasta kat Secret Recipe. Singgah lah kat SR Eco Grandeur.

Favourite Wafi dan Kak Widad.


Makan dulu.


Berdua je sebab ayah masih dalam perjalanan dari ofis.


Mulanya Wafi nak makan buttermilk chicken tapi kemudian tukar nak makan pasta pula. Untuk memenuhi keinginan Wafi ibu ambil je lah buttermilk chicken ni agar Wafi boleh merasa.

Ini pun Wafi teringin, Shinjuku Coklat.

Penutup dengan dessert.

15 comments:

  1. Selamat bermanja2 dgn anak dara

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. bersyukur sgt ditemukan dgn orang baik²... kl cuti 3 hari ye? wah syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti Thaipusam satu hari je kat sini tapi sebab Kedah esok Jumaat dan Sabtu cuti ditambah hari ini Cuti Thaipusam dapatlah mereka cuti 3 hari. Kalau ikutkan Kedah tak ambil Cuti Thaipusam tapi tahun ini ia dijadikan cuti peristiwa. Panjanglah sikit depa cuti.

      Delete
  3. Yeayy boleh ibu lepas rindu sekejap...punya la sayang intan payung kan kak nak makan apa minta apa pun kita sanggup kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Afza, layankan je lah apa dia nak selagi ibu ayah mampu😅. Reward untuk dia sebab sanggup berjauhan dengan family demi jihad dia menuntut ilmu.

      Delete
  4. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan akk & Wafi juga...
    Dapatlah saling melepas rindu ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Dapat memeluk dan menciumnya terubat lah rindu.

      Delete
  5. Drooling tengok ice cream dan shinjuku chocolate tu....orang yang baik....balasannya juga baik....insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nyilu kalau tengok aiskrim tapi bila dapat makan dengan kek tu jadi sedap.

      Delete
  6. Di Indonesia thaipusam tidak jadi hari cuti, mungkin Krn tak banyak juga keturunan India di sini. Dulu saya baru tahu ada perayaan Deepavali, thaipusam, Krn sekolah di Malaysia. Kalo tak, tak bakal tahu 😅

    Dah lama saya tak makan di SR. Dulu sukaa makan sini, Krn cake nya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia ada pelbagai kaum, jadi untuk fair bagilah cuti pada setiap perayaan. Semua kaum pun dapat manfaat bila ada cuti-cuti begini.

      Betul, kek di SR antara yang sedap.

      Delete
  7. Alhamdulillah ya Mbak ketemu orang baik yang meluangkan waktunya untuk mengganti ban.
    Shinjuku coklat sepertinya enak sekali...

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Seronok la wafi berkepit ngan ibu erk...nape la Dania x manja2 macam Wafi ni...

    ReplyDelete