Pages

Friday, January 31, 2025

Cuti CNY Bersambung

Salam Jumaat.

Hari ni company ibu shutdown jadi dapatlah 5 hari cuti sempena perayaan CNY bersambung pula dengan weekend. Cuti hari ni diganti dengan public holiday yang lain.

Sementara anak² qada tidur kunun penat balik dari berjalan malam tadi, ibu buatlah sarapan simple. 

Pisang nangka goreng.
Elok dah masaknya, manis bila digoreng. Tak perlu lah buat sambal kicap. Lagipun cili padi habis😅. Nantilah beli barang dapur.

Teh Boh perisa orange tanpa gula  Rupanya ada lagi stock. Ni kalau kemas gerobok entah apa lagi harta karun boleh jumpa😁

Tengahari nak kena prep makanan Abang Imi untuk dibawa balik ke KT petang ni. Habis dah cuti di rumah sempena study week.

 

9 comments:

  1. Jarang linda makan pisang goreng cicah sambal kicap.
    Pisang nangka goreng, memang kegemaran linda, tapi kalau dah "dalu" sangat, buat pengat baru sedap.. Kalau goreng, banyak minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu² takde pun makan dengan sambal kicap sebab pisang pun dah manis. Sekarang ngade² dah ikut style Johor😁

      Haaa.. akak kalau dah dolu buat jompot pisang je, kalau dipengat akak juga yg makan sorang😬😬

      Delete
  2. Sedap pisang nangka ni, goreng ke pengat ke sy suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.... sebab dia ada rasa manis masam. Ni kat rumah mak memang tak putus pokok pisangnya berbuah.

      Delete
  3. Di sini pun jarang orang makan pisang goreng pakai sambal kecap. Biasa makan begitu saja. Tp di Indonesia timur, Orang2 sana makan gorengan dengan sambal pedas memang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan gorengan dengan sambal kicap ni.ikut style Johor. Adik.ipar yang perkenalkan. Kadang buat sambal kicapnys lebih boleh makan banyak.kali.

      Delete
  4. Pisang goreng tu sedapnya la.....makan panas2 pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Ezna... lagi² kalau pisangnya cukup masak untuk digoreng dan rasanya manis.

      Delete
  5. Hari tu beli pisang nipah, goreng jgk..tapi tu la, esoknya dah masak ranum..goreng gak la..walau lepas tu dia lembik

    ReplyDelete