Sampai sekolah Wafi jam 11 30.
Ada lagi 40 minit sebelum Wafi keluar.
eeii.... rindu betullah ibu kat budak tecik masyam musyukkk ni😁😁
Ada misi penting hari ni!
Urusan pilih kasut serahkan pada Wafi dan penasihatnya, Abang Imi.
Inilah dia nya.... cari kasut.
Mujur ada Al Ikhsan tak jauh dari sekolah Wafi. Mula² ibu blank juga mana nak cari kedai kasut brand elok sikit.. sebab masa gi Amanjaya dan Central Square sebelum ni jumpa kedai kasut sukan biasa² je.
Kalau dengan ibu boleh hijau dibuatnya🤢
Tu pun Wafi tanya kedai kasut lain.
TAKDE... sini je satu²nya kedai yang ada.
Kalau taknak.. balik Selangor baru beli!
Pilihannya mestilah Asics.
Dah suka yang dia pakai tu tapi nak juga tengok yang lain. Yang dia pegang tu ok tapi nak yang tapak putih. Ada yang lain tapi kawan² dah pakai, tak naklah sama.
Pulokkk.....
Ibu bagitaulah... kalau ramai pakai means kasut tu cantiklah. Takkan syarikat Asics tu nak kena buat 34 juta kasut setiap satu🤭
Ibu baru tau satu perkataan baru, Wafi ada sebut.
FOMO - Fear Of Missing Out
Bila dah betul² bulat hati baru bayar.
Lega ibu... setengah jam jugalah dok situ.
Tanya boleh tak esok (hari ni Ahad) pakai?
Ehhh... pakai je lah.. dah beli tu lenjan je. Barulah menang membeli.
Nanti rosak?
Beli lah baru.
Oo... ok..
Senyum lagi.
Ni nak kasut baru sebab ada cricket tournament minggu depan.
Abang Imi cakap kalau tak menang.... SIAPPPP
😆😆
Senang sebab dah tau mana yang kena dengan citarasa semua.
Tomyam seafood, ayam masak gajus, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur dadar.
Jalan² nak cari knee guard jumpa pulak OC kat sini. Selalu kalau ibu cari kasut kat OC Klang Parade.
Knee guard takde jual pula. Ibu ambil video kasut Asics yang ada kat sini. Wafi kata kalau pergi situ memang kita nangis. Mostly designnya dia tak berkenan. Hurmmm... pada ibu elok je semuanya. Beginilah bila anak ada preferences sendiri.
Cari barang kat MrDiy pula. Ibu suka masuk MrDiy sebab kebanyakan barang yang diperlukan dari makanan, alatulis, toilettries dan sebagainya.
Hurmm...
Kena pesan juga ambil keperluan sahaja... kalau tak sejenis yang ingat ibu ayah ni kutip telur itik emas pagi² setiap hari 😬😬
Pergi sendiri beli Aiskrim Oreo. Ibu dah tak larat nak heret kaki.
Sebelum balik singgah tapak bazar Taman Ria sebab Wafi nak beli ayam gunting. Nanti boleh makan dengan spagheti goreng yang ummi bekalkan.
Ibu reward diri dengan Kopi Gantung Perlis. Rasa nak hypo dibuatnya hari ni.
Walaupun peruntukan masa 5 jam terasa cepat betul berlalu.
Wafi gelak² tu sebab dia malu muka dah macam sepat goreng.
Mana tak nya.. 13 - 15 Ogos 2025 dari jam 8.30 am - 5 pm ada Latihan Pusat Kriket Wanita Kedah 2025 yang diadakan di sekolah.
Latihan ini merupakan sebahagian dari persediaan awal bagi pembentukan pasukan negeri ke kejohanan kriket MCA Women's U19 Inter-state T20 Championship yang dijadualkan berlangsung di Lembah Klang pada 20 hingga 30 Ogos 2025.
Seronok la tu dapat kasut baru. Semakin bersemangat la nak bersukan.
ReplyDeleteHii..anak² sekarang..bukan macam dulu, pakai je apa yang ada sampai jahanam..🤭🤭
ReplyDeleteDapat Al-ikhsan pun dah hebat sgt tu
Kuliner enak di Aceh besar. Cek rekomendasinya disini
ReplyDelete