Pages

Saturday, August 16, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Beli Kopi | Pasar Malam | Makan Malam di Restoren Hajah Hawa

Tour guide minta driver turunkan kami di kedai yang boleh kami beli souvenir.
Dibawa kami ke bangunan Vuon Vau Vac San Ba Mai Quynh ni.



Atas meja sudah tersedia buah-buahan kering. Boleh lah rasa dan kalau nak beli memang ada dijual dalam peket.
Juga diberi Artichoke tea.

Sedapnya bila disajikan kopi 3 in 1 ni.

Blurrr pulak gambar.
Staff tunjuk tanda Halal pada kotak ni.

Masing-masing sedang memikir nak beli apa kat sini.

Banyak jenis biji kopi kat sini. Ibu dok mikir yang beli biji kopi ni mesti ada mesin kopi kat rumah. Rupanya mereka pilih biji kopi dulu kemudian dikisar/grind di situ.
Laaaa.... ada grinding machine rupanya ๐Ÿคฃ
Ater mana lah ibu tau... mana pernah beli biji-biji kopi premium gitu ๐Ÿ˜œ

Staff kat situ beritahu beli 10 kotak percuma satu.
Haaa.... belilah sorang 2-3 kotak.

Sekotak VND150,000 (RM25.50)

Habis menyelam kedai ni, kami ke pasar malam semula sebab masih awal lagi.
Walau seharian berjalan dan bermain tapi bila travel ramai-ramai ni tak terasa penat ๐Ÿ˜. Masing-masing banyak betul energy.
Tunggulah nanti bila balik hotel nanti... takpun bila balik Malaysia.
Adalah yang jetlag kunun haahhahha.. padahal penat main.

Ada yang mencari souvenir untuk dibawa pulang.

Style mereka memang semua duduk atas kerusi kecil-kecil camni kat pasar malam tu.

Ibu beli buah-buah kering dan kopi dalam pasar ni.

Kakak-kakak bekas cikgu ni bergambar dengan pelajar dari Belanda. Mereka ada international scout jamboree di sini.
Kak Zana beritahu dulu masa mengajar jadi guru penasihat scout lantas salah seorang pelajar ni bagi scout tie sebagai cenderahati.

Kat sini tak lama... dalam setengah jam macam tu sebab masing-masing dah tau nak menuju ke mana.
Belakang tu dah mula penuh orang.

Kemudian kami di bawa ke Restoren Hajah Hawa. Seperti biasa menu sudah dipesan dulu masa dalam perjalanan ke pasar malam.

Kaunter minuman.


Walaupun sudah order awal tapi still kena tunggu. Masa ni bolehlah kot nak update story... nak baca mesej dsb.

Masa kami sampai tiada ada pelanggan lain.
Kemas dan bersih restorennya.

Ibu tak tau kicap ni patut makan dengan apa sebab staff tiba² letak atas meja.

Ibu seperti biasa cari sup² je... Vietnam Pho Bo (Sup kuayteow daging )
Ada dayn selasih/basil dalam tu. Ibu tak berapa suka sebab ada rasa yang pelik.

Widad makan sikit² je itu yang biasanya ibu tak orderkan untuk dia. 

Fries sejuk mungkin dah awal² goreng, popiah sayur sedap.
Ibu order satu set lagi popiah tu. Makan ramai²... pass² pinggan. 

Malam pesan air kosong je.

Sepanjang di Dalat untuk makan tengahari dan malam sahaja makan di restoren.  Pagi makan bekalan makanan seperti roti. Ada juga kakak bestie order sarapan di Restoren Hany. 

Travel kali ni berat turun sekilo hahahhahha...
Banyak jalan dan kurang makan.
Ehhh... turun sekilo tu membanggakan juga tau๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Bila balik tambahkan je lah kilo tu ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ

 

2 comments:

  1. Eh, p holiday turun sekilo...kene pergi holiday selalu lah gini kalau nak turunkan berat badan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. good idea.. good idea๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ
      Lepastu balik tanah air qada makan๐Ÿ˜‚

      Delete