Mari mulakan perjalanan ke Dalat. Betul-betul short trip bila ibu pilih 3 hari 2 malam sahaja... nak jimat cuti punya pasal 😁.. ehh boleh je jalan tak perlu lama². Tengok kitanya preferences cemana.
Trip pada 1 - 3 Ogos 2025.
Flight AirAsia ke Dalat jam 11 am dan kami diminta berkumpul jam 8 pagi. Kali ni jalan with strangers sebab ibu ikut open package AdilaReza Travel & Tours Sdn Bhd melalui agen Faridah. Agen sama yang uruskan travel ke Padang/Bukittinggi tahun lepas.
5.30 pagi minta abang Imi hantar ke KLIA2. Sampai-sampai solat subuh dulu.
Masuk Hometown Hainan Coffee, nak cari makanan panas.
Perfecto telur separuh masak nya.
Ambil makanan ringan je sebab ibu order in-flight meal.
Cepat je mereka mesra walau pertama kali jumpa. Ibu lagi suka Kak Widad get along dengan mereka. Anak² muda kan punya citarasa berbeza bila travel.
Rindu.
NLPN ni memang kena makan di awan biru.... kombinasi sambal dan rendang ayam tetap sedap.
Pertama kali try... sedap berkrim... cukup rasa.
Lepas makan sempat lelapkan mata setengah jam.
Airport kecik je dan urusan imigresen dan kastam sangat smooth. Masa tu pun hanya ada satu penerbangan sampai. Flight yang sama bawa penumpang balik Malaysia pula.
Waktu Vietnam kurang sejam dari Malaysia.
Untuk yang baru sampai kalau nak ke toilet selepas urusan Imigresen dan Kastam. Toilet bersih, disediakan tisu namun tak ada bidet. Kami dah sedia bawa botol kosong.
Seronoknya holiday jalan2.
ReplyDeleteSambil-sambil menghiburkan hati.
DeleteOk lah kak widad senang ngam..pandai bawa diri..
ReplyDeleteLepas ni boleh lah dia travel dengan kawan-kawan pula.
DeleteHoliday jalan2 cari ketenangan lepas exam kak Widad..
ReplyDeleteBetul tu Sueann.. bolehlah release tension.. asyik dok terperap dengan kelas online dan exam.
Delete