Pages

Tuesday, August 12, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Bermula Perjalanan Ke Bumi Vietnam

Mari mulakan perjalanan ke Dalat. Betul-betul short trip bila ibu pilih 3 hari 2 malam sahaja... nak jimat cuti punya pasal 😁.. ehh boleh je jalan tak perlu lama². Tengok kitanya preferences cemana.

Trip pada 1 - 3 Ogos 2025.

Flight AirAsia ke Dalat jam 11 am dan kami diminta berkumpul jam 8 pagi. Kali ni jalan with strangers sebab ibu ikut open package AdilaReza Travel & Tours Sdn Bhd melalui agen Faridah. Agen sama yang uruskan travel ke Padang/Bukittinggi tahun lepas.
5.30 pagi minta abang Imi hantar ke KLIA2. Sampai-sampai solat subuh dulu.

Dah plan nak sarapan pagi dulu dengan Kak Widad.
Masuk Hometown Hainan Coffee, nak cari makanan panas.
Roti bakar, telur separuh masak, kopi-o panas dan latte untuk Kak Widad.
Perfecto telur separuh masak nya.
Ambil makanan ringan je sebab ibu order in-flight meal.

🧡 to 🧡

Travel Is Always A Good Idea😍

Sementara tunggu peserta yang lain sampai, ambil lah gambar dulu.
Kami diminta berkumpul depan Starbuck.

Kak Widad dah jumpa geng Gen-Z
Cepat je mereka mesra walau pertama kali jumpa. Ibu lagi suka Kak Widad get along dengan mereka. Anak² muda kan punya citarasa berbeza bila travel.

10 peserta. Masa ni belum ice breaking sepenuhnya😀

Tour guide dari Malaysia, Nofie yang ikut serta.

Bonding time!

Nasi Lemak Pak Nasser.
Rindu.

NLPN ni memang kena makan di awan biru.... kombinasi sambal dan rendang ayam tetap sedap.

Mac & Cheese.
Pertama kali try... sedap berkrim... cukup rasa.

Lepas makan sempat lelapkan mata setengah jam.

Perjalanan 2 jam 10 minit namun menurut kapten kapal, penerbangan sampai awal 16 minit.
Turbulance terasa bila nak sampai tu.

Alhamdulillah sampai di Lien Khuong International Airport. 
Airport kecik je dan urusan imigresen dan kastam sangat smooth. Masa tu pun hanya ada satu penerbangan sampai. Flight yang sama bawa penumpang balik Malaysia pula.
Waktu Vietnam kurang sejam dari Malaysia.

Untuk yang baru sampai kalau nak ke toilet selepas urusan Imigresen dan Kastam. Toilet bersih, disediakan tisu namun tak ada bidet. Kami dah sedia bawa botol kosong.

Driver bernama Mr Heng yang disediakan oleh agensi.

Masing-masing sudah teruja bila sampai ke bumi Vietnam.

Van yang disediakan. Cukup selesa buat kami ber-11.

 Xin Chao Dalat!

7 comments:

  1. Ok lah kak widad senang ngam..pandai bawa diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah dia travel dengan kawan-kawan pula.

      Delete
  2. Holiday jalan2 cari ketenangan lepas exam kak Widad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sueann.. bolehlah release tension.. asyik dok terperap dengan kelas online dan exam.

      Delete
  3. Trip ke Dalat nya hanya berdua kak Widad saja ya Mbak?
    Ah selalu ada nasi lemak yang sangat mengundang selera.

    Salam,

    ReplyDelete