Pages

Sunday, August 17, 2025

Dalat, Vietnam 2025- Tạm Biệt (bye-bye) Dalat

Sebelum jam 10 pagi Mr Heng sudah bersedia meletakkan van betul² depan hotel. Arghh.. taknak balik lagi.


Gelap gambar sebab cahaya di belakang.
Last picture bersama Mr Heng yang menjalankan tugas dengan baik sekali. Pasti masing-masing akan tersenyum teringatkan aksinya bila mengambil gambar.

Walaupun airport kecil sahaja tapi ia tampak moden, kemas dan bersih.

Sebelah kiri Immigresen yang ada beberapa kaunter sahaja. Belakangnya ada 2 conveyer untuk scan bagasi.

Nofie tolong print boarding pass untuk semua peserta. e-ticket yang dicetak di Malaysia tidak boleh digunakan di sini sebagai boarding pass. Sekali lah check-in bagasi kakak² bestie.

Ajomlah masuk. 

Ada beberapa kedai dalam ni. Bolehlah nak cari souvenir habiskan dong. 
Nak ngopi ngeteh pun boleh kat kedai Dalat Cuisine. Ibu beli mineral water je kat situ.

Semua penumpang yang ada kat situ akan menaiki penerbangan AK572 pulang ke KUL. Penerbangan AK571 yang bawa penumpang ke DLI.
Flight yang sama, KUL-DLI-KUL.


Kak Widad dan Nofie, TG yang super awesome.

Drinking water juga disediakan. 
Ibu still tak berani minum air gini di luar negara. Lebih baik beli mineral water.

Masuk toilet kat aiport ni kemain bersih dan wangi. Sini tiada bidet namun tisu tandas ada. Botol kosong memang bawa je ke mana². Teringat tandas bersih di Flower Fresh. Sedap betul bau serai wanginya.

Kakak² bestie.


Terselit gambar ni, seatmate dalam van😆

Bye.. bye Dalat
Till we meet again.

Masa yang ditunggu²....
Yeayyy makan!

Roasted Chicken With Blackpepper sauce.
Sekali combo Americano Ice.

Uncle Chin's Chicken Rice.


Both pun sedap.

Kat udara baru teringin nak beli... jadi ibu beli 4 bungkus. Teringat kat Wafi sebab tak belikan apa². Kakak GB dok usik.. ambil gambar je... boleh tahan ke tu😁

Tak tahan nengok... buka sebungkus. Makan sama².. dah macam piknik plak.. 

Minta plastik dapat beg ni.

Touchdown jam 3.10 pm

Solat dahulu dan kami berjalan² sekejap dalam airport. Dah minta ayah pick-up jam 5.30 pm agar tidak tergesa². Kebetulan ayah attend wedding anak kawan di Puchong jadi tak adalah jauh nak sampai KLIA2.

Sementara tunggu ayah sampai, isi perut dulu di Muari Muari.

Teringin nak makan goreng² bila nampak kat banner. Koayteow goreng.

Kak Widad pilih soya cincau.

Sampai rumah sebelum 7 pm.

Simpan sini buat kenangan.

Alhamdulillah berakhir percutian ke Dalat, Vietnam.
Walau dirancang dalam masa yang singkat semuanya smooth.

Kalau tengok peta Vietnam ni ia memanjang disempadani dengan Cambodia, Laos dan China. Seminggu sebelum travel ada serangan Cambodia-Thailand, sedikit gundah juga. 

Pakej travel biasanya menawarkan percutian ke Ho Chi Minh, Mui Ne, Dalat dan Nha Trang. Di sebelah utara pula ada Hanoi, Halong Bay dan Sa Pa. Pasti banyak lagi hidden gems di Vietnam yang boleh diterokai.

Kena mengembara ke sana baru kita tau uniknya negara tersebut.

Nak intai-intai Sa Pa.
Nak sejup... sejup 😅



16 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Percutian singkat yang menyeronokkan. Selamat berehat.

    ReplyDelete
  2. Tamat dah percutian. Bestnya dapat pi ramai2 camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Cie dah lapang² boleh pergi. Reward adik Rania habis UPKK.

      Delete
  3. Airport kecil la best tak perlu nak jalan jauh.. lagi2 kalau lambat sampai airport.. tak ada la nak kena berlari jauh kejar pesawat hahahaha.. alhamdulillah selesai sudah kembara nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah laaa... patutlah TG pun relax² je jam 10 am baru gerak padahal flight 12.40 pm dan perjalanan lebih kurang 30 min ke airport. Satu flight je masa tu dan urusan bagasi dan imi smooth sangat.

      Delete
  4. Alhamdulillah...seronok walaupun sekejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... lainkali boleh jalan gini lagi😊

      Delete
  5. Budak2 opis ramaibyang pi Sa Pa...intai kak..iintai...akak pi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok lah tu mereka.
      Hehehe... intai² free kan😅

      Delete
  6. Samaaaa kak. Saya pun tak berani minum air ready to drink macam tuh. Walaupun dikata bisa diminum, tetap saja saya prefer beli air mineral. 1&1 nya negara yg saya berani minum airnya, hanya Georgia. Sebab saat saya rasa, segarnya memang beda. Tak ada rasa2 macam besi 😅😅.

    Negara lain ada. Makanya saya tak suka.

    Sapa menariiik. Tapi tuhlaah, semua serba mahal di sana. Cuma kalo suka dingin, memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ada baca pasal air di Georgia dalam blog Fanny.
      Alamak... mahal eh Sapa... camtu lambat lagi lah tabung penuh 😅

      Delete