Pages

Saturday, August 23, 2025

Kafe Nanas Montel

Masa kat kenduri Uncle Zaki tu baru ibu terfikir untuk singgah tempat lain area Putrajaya. Dah alang² berjalan kan. Ibu teringatkan entry Time Traveller dan Ezna Khalili tentang Kafe Nanas Montel. Bila google, dalam 20km je dari Pusat Ekuestrian Putrajaya.

Semalam masa pergi Selangor Turf Club tu dah terfikir juga kafe ni tapi sebab dah ada plan lain lupa kan je lah dulu.

Sampai dalam jam 1.30 pm.

Nampak sempit pula kafe ni dari depan.

Sedap agaknya tapi sure manis ni.

Ini kena try.

Makaihhh... besar² nanas MD2.

Staff kata ini buah baru dihantar.

Ayah pilih tempat duduk bawah pokok. Cool aje tempatnya. Ada sebuah kipas, terasa nyaman.

Kebetulan masa kami sampai tu tak ramai pengunjung. Cuaca pun elok... mungkin bawah pokok jadi tak rasa panas.

Aiskrim nanas.
Ini yang sampai dulu.
Kami hanya order aiskrim dan minuman sahaja sebab masih kenyang.

Boleh tu kalau nak duduk bawah khemah.

Sementara tunggu air siap, jalan² tengok sekitar kafe.

Chalet berbentuk pembentung/culvert yang boleh disewa. Siap aircond cuma toilet kongsi di luar. Boleh pilih queen atau 2 single bed.

Bila ibu search harga chalet ni RM100 semalam.

Kalau nak sewa yang style kontena pun ada.
Cabin² ini dikelolakan oleh koperasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Yang berbentuk kontena sewa antara RM180 hingga RM250. Yang ni sekali bilik air.

Tasik tempat orang memancing.

Sembang dengan pengunjung katanya ada ikan patin, keli dan lampam.

Beliau ada memasang khemah dan sedang masak sesuatu.

Tapak khemah ni boleh disewa dengan harga RM50 sehari.

Pagi tu ada pertandingan memancing. Ramai lah orang di sebelah pagi.

Setiap petak ada power point.

Jalan menuju ke kafe/jalan besar.
Kawasannya pun bersih.

Setiap petak ada pili.

Kalau ibu sesak dada masuk chalet begini... pernah stay kontena kat Tanjung Karang. Tak boleh duduk lama² dalam tu. Inikan pula saiz yang lagi kecil.

Jus nanas dan kopi nanas.

Kopi nanas tu rasa nanasnya moderate, takde kuat sangat hingga hilang rasa kopi.

Warga emas detim😁

NAFAS Cube.

Public toilet... ada shower sekali dalam ni untuk tetamu chalet. Toilet lelaki di sebelah kiri.

Kalau nak makan ringan bolehlah cuba nasi lemak dan beberapa jenis kuih muih seperti lepat pisang, tepung bungkus dsb.

Boleh juga order makanan panas seperti nasi goreng, nasi ayam penyet, popiah, keropok lekor dan sebagainya.

Jus nanas yang dibotolkan pun ada.

Kawasan ni tak banyak kenderaan jadi parkir pun mudah.

Ibu beli sebiji nanas MD2 paling kecil saiznya seberat 1.7kg. Sekilo berharga RM8. Minta potong sekali.

Makan sikit dalam kereta. 

Padu.
Manis.

6 comments:

  1. Cantik dan segar nanss yang baru sampai tu. Apa agaknya rasa kopi nanas tu. Yang penting tapau nanas potong makan dalam perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lebih kepada kopi cuma ada sedikit rasa nanas. Nampak kat rak ada container Kopi 434 mungkin mereka guna kopi tu.
      Nanas yang dijual semuanya elok dan fresh sangat. Patutnya beli lebih.

      Delete
  2. Ya Allah kaaaak, langsung saya browsing tadi berapa jarak kafe nenas ini dari hotel saya di Moxy Putrajaya. Ternyata dekaaaat 😍😍😍😍😍. Isssh, memang pasti saya datangi saat nanti menginap di sana. Nihlaah lagi nak cari tempat kuliner sedap di sekitaran Putrajaya 😁.

    Saya memang suka nenas. Jadi mau dimakan begitu saja, atau diolah jadi yg lain, pasti suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... kalau gitu kena pergi tu... ada satu lagi... Saudagar Nanas kalau nak cuba... tak jauh juga tapi akak tak pernah pergi. Ada dalam blog Ezna.

      Delete
  3. Dengar nama pun dah terbayang suasana santai, menu unik dan vibe ceria. Confirm port lepak best dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete