Pages

Sunday, August 17, 2025

Perjalanan Ke Utara

Sabtu akan bawa Wafi outing, jadi Jumaat lepas Maghrib bertolak ke Tapah dulu, transit rumah ummi.

Sebelum jam 10 dah sampai Tapah, singgah Burger King isi perut dulu.

Dua orang mata kecil.

Supper lah kununnya.

Sabtu jam 7.30 am gerak ke Sungai Petani.

Singgah RnR Bukit Gantang untuk toilet break dan stretching. Tengok ada set-up hiasan Hari Kebangsaan. Macam tak siap lagi.





Hiasan dari tempurung kelapa.
Tahun lepas dari botol plastik.

Tahun ni banyak dari plastik.

Ayah beli kopi dan pastries di Harold's buat hilang ngantuk.

Ibu tukar drive selepas Juru hingga ke sekolah.
 

14 comments:

  1. Kreatif sungguh decoration semua tu... barulah semangat nak sambut bulan merdeka kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... anak² kecil yang lalu kat situ pun nampak teruja.

      Delete
  2. Sana sini ramai dah orang mula buat deco merdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kan.... kat radio pun dah pasang lagu² patriotik.

      Delete
  3. Linda je takde mood nak gantung bendera Malaysia luar pejabat...dalam pejabat memang tak turun² dah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur dalam pejabat tak luntur.. kalau tak dah kena kecam😆

      Delete
  4. Menarik deco merdeka kat situ..mavam ada pertandingan plak...

    ReplyDelete
  5. Kena ada selalu toilet break dan rehat setelah seharian perjalanan. Kadang kereta ada juga alert berbunyi tulis coffee break.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan je yang drive, yang duduk pun nak stretching kaki. Lenguh betul.

      Delete
  6. Sebentar lagi yaaa hari kemerdekaan Malaysia ☺️. Teringat dulu saat saya msh study di sana, tiap 31 Agustus meriaaaah dengan banyak event ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 2 minggu... nampak dah kemeriahannya.

      Delete