Pages

Saturday, August 30, 2025

Sisters Day Out

Wafi PB 3 malam... Khamis sampai, pagi Ahad dah kena balik sekolah. Ini Abang Imi ambil dari Stesen KTM.
Hari ni ajak kakak jalan². Kakak onz je.. lagi lah dia suka.

Lepas abang dan ayah balik solat Jumaat baru dak dua orang ni keluar. Mereka ke i-City sebab kakak nak bawa Wafi makan di Suki-Ya.

Kak Widad kata berapa kali lah Wafi cakap sedap. Puaslah makan kat sini. Kebetulan belum makan langsung dari rumah.

Ni sesi makan yang aman damai lah kiranya.
auchhhh .... so sweet🤩

Ibu masih tertanya²... kenapa tak ajak abang eh?

Sorang agak feminin.. yang satu lagi masih mencari identiti😁

Suka sangat guna filter.. hurmmm....

Tq Kak Widad bawa Wafi jalan². Masuk i-City semata² nak makan. Ingatkan nak jalan² beli barang.... selamat duit ibu.😁

Petang balik singgah rumah nenek nak tengok baby Hana. Nak main² dengan baby. Wafi geram sebab Hana good girl je... Wafi nak kacau² bagi Hana nangis. 

Ehh... awak ingat Hana tu ciwek macam awak😁

Lepas Isyak Kak Widad ambil nenek dari masjid. Bawa pergi medang kat mamak. Nenek cakap dah lama tak medang. Alamak😃
Bawa sekali Abang Aqil temankan. 

 

6 comments:

  1. Sian Abg Imi kena tinggal :)
    Bestnya sisters day out. Kakak rajin layan Adik 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... tak boleh bayangkan kalau mereka bertiga je keluar. Mesti abang dia tak larat layan adik berdua😅

      Delete
  2. Cantik keduanya anak dara ni. Girls day out memang abang tak termasuk la. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. betul gak.. dah kena tukar tajuk.. siblings day out🤣

      Delete
  3. Bestnya!
    “Bonding time dengan family” ni memang momen paling mahal walaupun simple macam makan sama-sama, jalan santai, atau lepak sambil borak, tetap jadi kenangan manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dua-duanya membesar dah boleh keluar sama sebab ada interest yang sama.

      Delete