Pages

Sunday, November 9, 2025

Osaka, Japan 2025 : Arashiyama Bamboo Forest, Kyoto

Arashiyama Bamboo Grove

Arashiyama Bamboo Forest mempunyai sejarah sejak zaman Heian (794–1185), ketika kawasan Arashiyama menjadi tempat percutian bangsawan Jepun. Mereka membina vila dan taman di kawasan ini untuk menikmati keindahan alam. Buluh ditanam bagi tujuan estetika dan simbolik — melambangkan kekuatan, ketahanan, dan perlindungan rohani.

Perjalanan dari Nara Deer Park ke Arashiyama Bamboo Forest mengambil masa 1 jam. Ini kita dah sampai parkir yang disediakan.

Hujan menyambut kami di sini. Dalam van sudah tersedia payung-payung. Cukup untuk semua penumpang.

Torii ialah pintu gerbang tradisional Jepun yang menandakan sempadan antara dunia manusia dan dunia suci (Shinto).

Dari parking kena berjalan untuk sampai ke bamboo grove.



Nampak macam hujan dah berhenti tapi masih ada rintik-rintik lagi. Kiri kanan jalan ada kedai-kedai.. mostly kedai makan dan cenderahati.


Local restaurant.

Ibu tak sure ini apa sebab Cik Elis minta berhenti dan bergambar di sini.

Bila dah masuk selekoh ni hampir sampai.

Manhole dengan rekaan daun mapel.

Disebalik pokok-pokok ni ada kawasan perkuburan.



Semua tempat ramai orang.
Ni kalau jalan sorang-sorang seram juga.







Arashiyama Bamboo Forest <Checked>

Dari kawasan pokok-pokok buluh kita menghala pula ke kawasan sungai.
Akan melalui kawasan ini. Kiranya guna laluan lain.
Kalau tak nak ikut sini boleh je patah balik guna laluan bamboo grove tadi. Dekat sikit.

Daun-daun mula bertukar warna.

Toilet di sini. Jumpa 2 toilet area sini dan setiap satu tu ada 2 cubicle.

Toilet yang kami masuk di Arashiyama Bamboo tiada bidet disediakan. Sedialah dengan botol kosong. Seperti biasa toiletnya bersih, tiada bau dan tisu banyak disediakan.



Serius semacam je semuanya ni.

Licin sikit di sini sebab lepas hujan dan kawasan menurun.

Jernih air sungai ni.

Nak check ikan apa dalam tu tapi tak berani dekat sebab dekat dengan tebing. 

Sungai Katsura.

Pengunjung boleh menikmati pelayaran bot tradisional di Sungai Katsura sambil menghayati keindahan semula jadi sekitar Arashiyama Bamboo Grove dan gunung di sekitarnya.


Anggaran keluasan sekitar 16 hektar (0.16 km²)
Kawasan buluh kira-kira 500 meter panjang dan sekitar 140 meter lebar.

Maple leaf yang baru mula menguning.


Arashiyama Benkei ni hotel.

Beca-beca yang boleh disewa.

Tour guide minta berkumpul di sini.
Puas berjalan walau dalam hujan renyai.

Sebelah kiri gambar ni ada Jambatan Togetsukyo namun kami tidak berjalan ke arah sana sebaliknya berpatah semula ke laluan masa kami masuk.

Beberapa fakta ringkas mengenai jambatan ini:

Nama “Togetsukyo”  bermaksud “Jambatan Melintasi Bulan” — nama ini diberikan oleh Emperor Kameyama apabila beliau melihat siluet bulan melintas jambatan dan sungai. 

Jambatan ini merentangi sungai Katsura River / kadangkala dipanggil Oi River, dan merupakan tarikan utama di kawasan Arashiyama selain hutan buluh. 

Lokasinya sangat dekat dengan kawasan hutan buluh Arashiyama — selepas meneroka hutan buluh ini, pengunjung sering berjalan ke arah jambatan ini untuk pemandangan yang indah.

Lepas ni kita cari makan pula.

No comments:

Post a Comment