Ini cerita 7/11/2025 masa ibu, nenek, Cik Baya, Cik Biela dan Cik Elis sekeluarga ke Dataran Shah Alam untuk meraikan perkahwinan Pengantin Diraja.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
💛💛💛💛
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz berkenan untuk mencemar duli menyantuni rakyat jelata dalam 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑺𝒂𝒏𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊𝒏 𝑫𝒊𝒓𝒂𝒋𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑹𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕 yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:
🗓️ 𝟕 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 - 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦
📍 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦
𝐌𝐚𝐩𝐬/ 𝐖𝐚𝐳𝐞 - https://shorturl.at/X1beq
𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚:
✅Tayangan Video Majlis Pernikahan Pengantin Diraja
✅Persembahan Kebudayaan dan Artis Jemputan
✅Pertunjukan Bunga Api
✅Jamuan Makan
Semua dijemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh santai dan ria meraikan Pasangan Pengantin Diraja.
𝑫𝒊𝒓𝒈𝒂𝒉𝒂𝒚𝒖 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖!

Kenyataan media tentang perkahwinan Raja Muda Selangor (RMS), Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj telah dikeluarkan.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama YM Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.
Sebagai rakyat Selangor pasti perkahwinan Diraja ni saat yang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah.. kami cuba menjadi sebahagian dari yang yang meraikan pasangan pengantin Diraja ini.
Ibu tumpang dengan Cik Baya je ke Shah Alam. Masa tu hari Jumaat dan hari yang sama baru plan nak pergi. Sharp ibu balik kerja. Lepas Maghrib terus bertolak ke Shah Alam. Parking di masjid. Sempatlah kami solat Isyak dahulu.
Dalam jemputan pengunjung digalakkan memakai batik. Tengok almari, rupanya ibu takde baju batik pun 😁. Pakai je lah baju kurung Kedah bermotif ala corak songket.
Ada 3 skrin besar kat dataran. Pilihlah nak duduk mana. Kat bahagian tengah tu ramai sebab depan stage dan kedua pasangan Diraja duduk di situ.
Ada juga khemah untuk pengunjung tapi sebab kami ramai lebih baik lah duduk sambil piknik atas padang. Santai-santai je. Anak-anak pun boleh main kat padang.
Awal-awal tu ada tayangan Majlis Aqad Nikah dan persandingan Diraja yang diadakan di Istana Alam Shah.
Makanan macam-macam. Ni antara yang diambil.
Makanan macam-macam. Ni antara yang diambil.
Ada katering dan ada makanan dari Food Truck.
Budak-budak ni asyik ulang-alik ambil makanan.... tak larat dah makan. Sampai suruh stop dari ambil lagi. Seronok agaknya sama-sama beratur.
Air pun macam-macam jenis. Cendol pun ada.
Alhamdulillah semua sedap.
Boleh puji AJK yang terlibat memilih katering dan food truck.
Lepas santapan Diraja, RMS dan Datin Paduka Seri memotong pulut kuning dan kek.
Pasangan pengantin duduk kat kerusi camping menghadap stage.
Memang santai betul.
Pengacara malam tu, Fiza dan Zarul Umbrella.
Malam tu ada konsert dari penyanyi Indie, kumpulan Teman Lelaki dan Masdo (memang bukan zaman ibu, tak pernah dengar) yang merupakan artis kegemaran pasangan Diraja ini. Faizal Tahir je lah yang ibu tau.
Sebelum tu masa awal majlis, Tengku Amir Shah, Datuk Paduka Seri serta rakyat jelata dihidangkan dengan persembahan kebudayaan daripada Orang Asli Mah Meri dan Tarian Zapin Nikah Kahwin daripada pasukan kanak-kanak bawah seliaan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor.
Ending majlis ada persembahan bunga api yang berwarna-warni.
Ending majlis ada persembahan bunga api yang berwarna-warni.
auchhhh.... so sweet!
Keberangkatan pulang.
Kami pun sama, gerak balik. Keluar dari dataran masih ada lagi pengunjung yang beratur di food truck. Selagi ada makanan dan minuman boleh je lah nak makan. Nampak truck cendol dan ayam guting kat situ. Yang lain tak perasan food truck apa.

Tahniah buat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.
Semoga Allah memberkati penyatuan ini dengan rahmah, sakinah, mawaddah, barakah dan kebahagiaan berpanjangan sentiasa mengiringi.
Naklah juga into the scene.
Pertama kali jumpa RMS, siapa yang tak teruja.
Cerita berkaitan aktiviti kami masa Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan jumpa Raja Muda Selangor di sini, SAHTK Nov 2018 - Kenangan bergambar dengan Raja Muda Selangor

No comments:
Post a Comment