Day 3️⃣ : 19.10.2025 Sunday
6:30 am : at lobby
6:35 am : Tour USJ by train
5.00 pm : Go home
Free & easy
Itinerary hari ketiga. Kami masing-masing jam 4 pagi dah bangun. Bersiap dan sarapan dulu. Sarapan sama, roti, wrap dan tuna. Air kopi 3 in 1.
Masuk USJ ni sudah termasuk dalam pakej... jadi kita follow je lah. Kalau ibu lebih suka jalan-jalan tengok scenery atau ke tempat attraction yang lain.
Orang Namba pun tak bangun lagi rasanya. Lengang je masa ni.
Pagi ni agak windy, jadi masing-masing pakai jaket.. jaket biasa je bukan winter coat yang tebal.
Briskwalk pagi-pagi menuju Shin-Imamiya Station.
Silalah beratur ikut tapak kaki dan anak panah yang disediakan.
Nanti akan loop train di Nishikujo Station untuk ke Universal City Station.
Loop ke train sebelah je .... train sudah tunggu untuk terus ke USJ.
Sampai ke Universal City Station, nak keluar ke USJ hujan renyai-renyai pulak. Beli payung ¥700 dulu di 7E. Kalau taknak pakai payung boleh je beli baju hujan.
Tarikan utama di USJ ni ada lah Super Nintendo World - dunia interaktif berdasarkan permainan video Mario dan Nintendo, lengkap dengan Mario Kart: Koopa’s Challenge dan Yoshi’s Adventure.
Juga siri anime popular Jepun.
USJ <Checked>
Sekali masuk... fuhhhh..... meremut. Rasa macam semua manusia berkumpul di USJ.
Ni beratur untuk scan bag dulu. Tapi moving dan mereka buka banyak kaunter bila semakin ramai pengunjung.
Yang ibu perasan pagi je ramai sebab masing-masing nak masuk taman dan dapatkan tempat. Kalau lambat masuk memang tak beratur di sini tapi kat taman tema tu beratur panjang.
Jam 8.30 am baru kaunter tiket dibuka. Hanya scan sahaja tiket yang sudah dibeli secara online. Ini agensi siap-siap beli. Hasil carian di google harga tiket masuk USJ dalam RM250.00
Keluar dari kaunter tiket, ramai-ramai berlari untuk ke permainan yang dikehendaki. Memang kena aim terus mana satu nak pergi. Orang lain lah berlari... kami lek-lek je ikut Cik Fatin.
Gigih beberapa staf pegang signboard dengan muka tersenyum. Rasanya cakap sila jangan berlari.. atau sila lah berjalan. Depa kan berbahasa Jepun.
- Universal Wonderland
- Harry Porter
- Super Nintendo World
- Waterworld
- Amity Village
- Jurrasic Park
- San Fransisco
- Minion Park
- New York
- Hollywood
Mula-mula masuk sini, half way beratur cari jalan keluar. Seram pula tengok ride dia. Ride forward & backdrop.
Hogsmeade village
Belakang tu ada tasik.
Hogwarts Castle.
Main entrance Hogwarts Castle.
Ingatkan nak ambil video Cik Fatin, Cik Elis dan Nenek Ina ride dan tunggu panggilan. Rupanya handphone tidak dibenarkan bawa semasa ride.
Diorang kata ada panggil-panggil ibu tapi tak dengan sebab masa tu ibu dok layan HP. Aterr... mana nak dengar..
Kita pengunjung pun terasa sangat dialu-alukan.
Lawa pulak tea set ni.
Professor sedang berinteraksi dengan pengunjung.
Nak masuk sini pun batch by batch sebab bilik ni kecil je. Maybe around 10 - 15 person je.
Dapatlah tongkat sihir bila kanak-kanak ini mengambil bahagian.
Keluar dari sini ada kedai merchandise Harry Porter seperti tongkat sihir (wand), jubah sekolah sihir, barangan koleksi bertema Harry Potter, dan juga makanan ringan seperti Bertie Bott's Every-Flavour Beans..
Keluar dari bilik profesor tu Cik Fatin beli Butterbeer.
Butterbeer mengandungi
- Krim soda atau root beer,
- Dicampur sirup butterscotch,
- Busa/foam lembut di atasnya (seperti whipped cream atau foam vanilla).
Ibu rasa butterbeer ni lebih ringan dari rootbeer dan terasa sedikit creamy,
Itu Cik Fatin minum memang sengaja tinggalkan foam atas bibir.
Depan tu kiosk yang menjual butterbeer.
Beli segelas je kongsi-kongsi. Sekadar untuk masing-masing merasa.
Cik Elis pun sama juga.. halah... halah... nak juga tinggalkan busa atas bibir.
Di belakang tu Hogwarts™ Express yang menyerupai kereta api dari filem Harry Potter, di mana pengunjung boleh menaiki replika lokomotif wap dan melihat pemandangan seperti Hutan Terlarang dan Padang Quidditch melalui tingkap. Walaupun ia bukanlah perjalanan sebenar untuk pergi ke tempat lain di dalam taman, ia adalah pengalaman menaiki keretapi yang direka untuk menghidupkan dunia sihir dalam kawasan The Wizarding World of Harry Potter di USJ.
Jomlah keluar dari The Wizarding World of Harry Porter.
Amity Village di USJ dibuat inspirasi dari kota nelayan “Amity Island”, latar film klasik Jaws (1975) karya Steven Spielberg.
Suasana yang dibangun adalah sebuah kota pelabuhan kecil dengan bangunan kayu usang, dermaga, dan suasana laut yang agak menyeramkan — ditambah elemen thriller untuk memberikan sensasi yang sedikit berbeza.
Banyak sangat gambar dalam USJ ni jadi ibu sambung entry lain.






































.jpg)











Seronoknya dapat ke Universal Studio Japan ni. Kalau Harry Potter ni mesti Dania suka nak explore....
ReplyDelete