Dari USJ kami singgah Don Quijote (Donki) dulu sebelum cari makan. Ingat nak cari buah tangan sikit.
Masuk tandas dulu, kiri kanan ada mesin vending mainan. Bila banyak sangat mesin gini, ibu dok terfikir orang Jepun ni memang suka eh simpan mainan.
Rupanya nak tunjuk makanan halal dijual kat dalam Donki. Rak makanan halal tapi kami tak ambil apa². Patut try satu-dua barang kat sini. Baru teringat Cik Elis ambil mochi tapi tak sempat dibuka sebab dah sealed untuk dibuka di Malaysia.
Geram tengok stokin kat sini. Comel-comel. Ingat nak belikan omey tapi nengok harganya... baik beli kat MrDiy je 😁
Malam selepas solat Isyak kami masuk lagi ke Donki sebab siangnya kelam kabut. Malam lebih rilex cari barang. Lagipun tadinya kan balik awal jadi sempatlah masing-masing lelapkan mata luruskan kaki. Sejam juga lah masing-masing lena.
Menarik konsep kat sini. Plastik untuk bungkus payung (bahagian atas), nanti nak keluar buang plastik masuk dalam bin yang disediakan. Used plastic tu akan dikitar semula.
Keluar dari Donki, Cik Elis nak masuk Daiso Japan, tengok-tengok ada tak barang yang takde kat Malaysia. Salah satu Daiso ni betul-betul seberang jalan Mega Don Quijote. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati.
Masuk Family Mart cnak cari kopi 3 in 1 tapi tak jumpa pula. Malam nak minum panas-panas.
Alternatif yang ada beli je air botol panas yang dijual dalam rak. Ambil teh o Jasmine ni sebab yang ada susu tu takut tak halal pula. Bila check yang bersusu guna Halal apps tak keluar info.
Masuk Supermarket Tamade dulu sebelum ke Donki. Masa ni banyak lagi sashimi yang ada. Ingat balik tu nak singgah beli. Yellow tag tu harga dah discounted. Sekali bila pergi semula dah habis. Tak jadi lah nak makan sushi.
Pisang, jagung rebus RTE, limau dan mochi.
ehhh... sedap pula makan ikan panggang ni cicah sikit dengan soy sauce yang disediakan.
Kenangan datang ke Japan.
Periksa steps hari ni sebelum tidur..













.jpg)
Maaakkkk! Hari-hari jalan kaki berkilo meter boleh bikin jadi kurus bah! Banyaknya kalori terbakar.
ReplyDelete