Jumaat 12.30 pm, 14/11/2025 Kak Widad bersama Atiqah, Eisya dan Auni ke Kota Bharu. Drive dua buah kereta kerana Atiqah akan ke rumah saudaranya dahulu. Perginya semalam je tapi segala maknenek nak dibawa huhu...
Haiwan kanan tu kepunyaan Kak Widad.
Ibu kata... apa lah yang dimakan kalau begini. Makanlah proper sikit.
Lauk sayur banyak dah habis.. jadi makan apa yang ada je sebab dah lapar.
Innap, Kota Bharu
Penginapan semalam di Kota Bharu.
Around jam 3 sampai setelah berhenti makan dan recharge.
Ini lah yang dicari... Kuih Lompat Tikam.
Pasar Berek 12, adalah pasar yang memang dikenali oleh penduduk sekitar Kota Bharu hatta seluruh penduduk Kelantan. Pasar Berek 12 menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota Bharu, terutama yang tinggil di sebelah timur bandar Kota Bharu.
Deluxe Room, RM120
Namun ayah dapat RM100 je semalam sebab tempat ni kepunyaan family Uncle Epu.
Kak Widad kongsi bayar dengan kawab-kawan.
AEON Mall, Kota Bharu
Rehat sekejap kemudian keluar jalan-jalan kat dalam AEON Mall.
Dah pandai Kak Widad minum. Sebelum ni jarang nak minum air gini.
Katanya terjebak dengan kawan π ... mereka siap ada apps untuk beli dan dapatkan point. Pujuk-pujuk Kak Widad untuk download apps juga.
Korean chicken rasanya ni.. Nampak pun pedas.
Malam kawan-kawan Kak Widad keluar lagi tapi dia tidur. Letih katanya.
Pasar Berek 12
Kak Widad kata viral.
Ibu cakap ada je kat sini, ibu pernah beli sekali.
Katanya tak ori... nak yang dari Kelantan.
Nak yang dijual kat Pasar Berek.
hurmmm.. ye lah.. ye lah..
Jap... jap... baru ibu perasan.
Cantiknya cincin dan gelang tangan yang makcik ni pakai.
arghhh... jiwa kacau dibuatnya ππ
Kak Widad beritahu masa dia sampai tu makcik yang jual ni tak sampai lagi tapi orang dah berbaris menunggu nak beli.
Fuhhh.. punyalah viral sampai begitu sekali.
Camni rupanya sebelum dipotong-potong.
Kuih lompat tikam adalah kuih tradisional dari Pantai Timur Malaysia yang diperbuat daripada tiga komponen: lapisan tepung pandan hijau, lapisan santan pekat putih, dan kuah gula kabung (air nise) yang manis. Teksturnya lembut dan rasanya lemak manis, dan ia popular di Pahang, Kelantan, dan Terengganu.
Besar juga tengok dari luar. Nampak moden.
Sebungkus ni RM1 je.
Beli satu... Kak Widad kata nak hilangkan craving.
Berbaloi beratur. Sedap.
Lepas beli kuih tu masuk hotel semula untuk bersiap-siap ke kenduri doa selamat rumah keluarga Atiqah di Kota Bharu.
Sedap betul tengok menu begini.
Sedap betul tengok menu begini.
Mee Celup Lanun Toyol
Sebelum balik ke Besut, mereka singgah dulu di Mee Celup Lanun Toyol yang terletak di Jalan Pasar, 16300 Bachok, Kelantan
Bukan nak makan pun tapi nak beli dessert yang dijual oleh vendor.
Jam 4 lebih baru mereka sampai ke rumah sewa.
Penat juga Kak Widad kata... kalau ikut, drive dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa 1 jam je (55km) tapi kenderaan banyak atas jalan raya.
Malam sempatlah study untuk test Ethics keesokan harinya.



















Syurga makanan kalau kat KB tu macam2 ada.
ReplyDeleteBetullah.. kat sana macam².. sama gak kalau gi gerai orang Kelantan kat sini. Macam² kuihnya. Ada yang tak pernah nampak.
DeleteOri kelate betul ni, balut dlm pembungkus macam tu. Kalau jual di sini biasa dah masuk bekas taufufa tu atau bungkus dlm plastic.
ReplyDeleteMakan kenduri di Kelantan best, lauk macam² dan sedap².
Beli 2 set ye Kak gelang & cincin tu. Pos mai SG satu ahak!
Akak rasa penjual tu bungkus upon order kot. Itu sebab dia bungkus camtu je. Kalau dah siap packing mesti bungkus dalam bekas lutsinar.
DeleteAkak 2 kali je pernah makan kenduri kat Kelantan. Makanan simple tapi sedap sangat. Terutama sira labu.. walau dah berpuluh tahun makan tapi still ingat lagi. Tak pernah jumpa dah lepastu.
Kahkah.. nanti cari yang BOMO,
buy one free oneππ
Banyak khazanah nak dibawak tu. Mana boleh tinggal. Kang tak lena tidor. hihi...
ReplyDeleteIngatkan diet, rupanya tinggal tu je lauknya. Jadilah dapat buat alas perut.
Ohh makcik tu pernah nampak dalam TikTok. Memang viral kan. Sedapnya dapat kuih lompat tikam original sana.
Jauh perjalanan kak Widad and the geng. Alhamdulillah akhirnya sampai juga.
oo memang betul lah viral ya... budak-budak ni kan asal viral je nak cuba π
DeleteSedap lah tu kalau ori dari sana.
Banyaknya makanan tu...tak tahu nak cuba yang mana.....
ReplyDeleteKadang kan.. bila dah banyak, last-last ambil makanan yang biasa makan je. Elok sesekali rasa makanan lain.. bila dah rasa ok lah tu, takde lah tertanya-tanya camne rasanya.
Deletesedapnya makanan kelantan,syurga makanan..
ReplyDeletekak..nanti minta kak widad review 1 kedai di Jerteh,nama kedai Rara Thaipan...nak pergi sendiri ntah bila haha
Betul.. Kelantan syurga makanan. Mungkin sebab ia dekat dengan Thailand.
DeleteAkak dah bagi tau kak Widad.. rupanya dia dah baca entry ni dan dah screenshot komen Afzan.
haaa.. ada lah tu nanti dia jjcm dengan kawan-kawan.
Aduh..kak widad nikan...dah aunty SA plak teringin tengok lompat tikam tu...ni x kan nak pi situ plak kan...sebab situ yg viral...
ReplyDeletekihkih... kena cari yang viral baru padu π
DeleteMmg viral acik tu jual lompat tikam..fav..kdg bli kt kl xsama yg original kt klate
ReplyDeleteAkak dah cakap kalau kat sini pun ada je orang Kelantan jual.. katanya tak sama kena beli kat Kelantan juga.. sabar je lah
DeleteAwalnya saya tak perhatikan gelang sh makcik, Krn kakak bilang, jadi lihat. Memang bagus laaah modelnya ππ.
ReplyDeleteBaru tahu kue ini. Nampak sedaaaap. Sukaaa memang kalau ketemu kue khas seperti ini
Ritu tengok video² yang orang share, nampak gelang makcik ni bertukar². Akak cuci mata π
DeleteKelantan banyak kuih.
aipp ibu, jangan tengok gelang makcik tu. tengok kuih tauuu.
ReplyDeletenampak sedapnya kuih lompat tikam tu! tak sangka harganya semurah rm1 je. kak widad beratur panjang2 mmng semata nak beli 1 jeke hahaha
Itu yang akak pelik... punya lah jauh pergi.. beratur lagi... belinya satu.. heran.. heran π€£π€£π€£
DeleteTergelak baca ada nama Mee Celup Lanun Toyol... ahaks!
ReplyDeletePuas hatilah Kak Widad dapat jumpa lompat tikam idaman.
Nama nak ada kelainan π
Deletehaah.. puas lah dia dapat makan walau sebungkus je.