Balik dari Kyoto, pemandu van menurunkan kami di area Dotonbori. Masa ni baru jam 4.15 pm. Dia ingatkan kena tunggu sebab van dah chartered hingga jam 6 pm. Happylah dia sebab boleh balik awal heheh... kami pun taknaklah naik van sebab nak jalan² dan shopping, nanti rushing pula sebab ada yang menunggu. Lebih baik balik ke hotel menaiki tren sahaja.
Hari mula gelap jadi banyaklah lampu² neon yang sudah dipasang. Tak jalan sampai ke hujung pun sebab kita dah target kedai mana nak masuk. Tak larat dah nak mengukur jalan.
Restoren Ketam gergasi Kani Doraku.
Masa ni nenek Ina baru lepas beli selipar Jepun made in China yang berharga RM40 bila di convert. Masa ni tak perasan lagi, bila masuk Asics baru perasan.
Kat Dotonbori ni mereka sangat kreatif letak hiasan kedai dengan lampu neon yang sangat berwarna-warni.
Malam mereka sangat lively.
Buah bujur kaler purple tu namanya Akebi. Sejenis buah eksotik di negara ini.
Showa Hormon Wagyu Plus, a yakiniku (grilled meat) restaurant featuring a golden bull statue.
Ada lagi ketam gergasi.
Masuk Drug Store ni untuk beli jajan² halal. Tour guide suggest masuk sini.
Cari biskut kapal kat sini.
Sini murah masa kami pergi.
Tax free counter di tingkat 2. Kena beli ¥5,000 baru dapat tax free. Sebelum tu tunjukkan passport dan staff kaunter akan scan dahulu. Keluar segala detail peribadi kita. Masukkan nombor telefon dalam device macam kita tap kad bank.
Tidak boleh dibuka di Japan. Ada sticker "Please Don't Open In Japan". Kalau kastam Japan check ianya terbuka akan dikenakan tax pula. Itu yang staff kaunter beritahu.
Resit simpan elok².
Misi mencari kasut.
Ibu jumpa 2 kedai Onitsuka Tiger ni. Yang ini dibahagian corner lot. Nampak macam besar sikit dari lot kedai tengah masa ibu lalu hari semalam.
Bila dah masuk tengok design dan harga dulu. Tak berkenan yang di bawah, jadi naik atas.
Ambil model Mexico 66 Birch/Peacoat, harga sepasang ¥15,400. Masa nak bayar baru tau ada diskaun. Tinggal ¥14,000 sahaja. Tengok kat website Onitsuka Tiger Malaysia sepasang RM650.
Beli kat sini sepasang baru RM390. Beza RM260, bersamaan 40%.
3 pasang kasut untuk anak².
Dapat Onitsuka Tiger, cari butik Asics pula. Guna ke google map. 600 m terasa jauh pula dengan orang ramai. Nak jalan laju pun tak boleh.
Meremut kat sini. Punyalah ramai manusia.
Kat kedai ni ramai Malaysian shopping.
Keluar dari Asics patah balik sebab Cik Elis nak beli baju kat Butik Uniqlo. Keluar tangan kosong sebab mostly Uniqlo dah mula menjual baju untuk winter.
Sementara Cik Fatin masuk 2nd Street yang betul² terletak di hadapan Uniqlo. Tak beli apa pun sebab malas nak belek² katanya. 2nd Street ni jual barangan secondhand.
Dok fikir camne nak bawa balik. Patut bawa luggage awal² sebab kan boleh letak dalam van sementara kami jalan². Tak terfikir pula sebab ingatkan nak beli sikit².
Depan kedai tu ada kedai 10 yen.
Cik Fatin pergi beli.
Rangup di luar gebu di dalam.
Cheesenya pun padat.
Satu lagi filling custard.
Pun sedap juga.
Balik hotel bersihkan badan lepas tu makan. Malam tu makan RTE nasi goreng brand Jasmani. Makan dengan sambal garing Che Nor.
Ada juga yang makan mi segera dan wrap. Dan yang penting minum kopi 3 in 1. Sedaplah perut minum panas². Makan ramai-ramai semuanya berselera. Lagipula last makan kan tengahari masa di Arashiyama.
Nampaknya ada yang memikul beg š
Balik hotel bersihkan badan lepas tu makan. Malam tu makan RTE nasi goreng brand Jasmani. Makan dengan sambal garing Che Nor.
Ada juga yang makan mi segera dan wrap. Dan yang penting minum kopi 3 in 1. Sedaplah perut minum panas². Makan ramai-ramai semuanya berselera. Lagipula last makan kan tengahari masa di Arashiyama.
RTE brand Jasmani tu ibu beli dari Shopee. Agen Faridah dan tour guide Cikqsuq sudah berpesan agar tidak membawa makanan berasaskan ayam dan daging. Beras juga tidak boleh dibawa masuk. Bawa pack food yang ada label. Itu yang ibu beli beberapa pack nasi goreng kampung, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin. RTE ni biasa-biasa je.. boleh lah makan. Bila makan dengan sambal garing Che Nor baru terangkat rasanya š
Ibu ada bawa kicap pedas dalam botol kecil beli kat Eco Shop kunun nak makan dengan nasi goreng. Tak terguna pun. Bila kemas-kemas nak balik tu termasuk dalam cabin luggage. Masa kat kastam, masuk scanner, mereka kata ada "water" tapi ibu kata no water sebab ada botol kosong je. Mereka minta buka beg dan ibu keluarkan isi... adehhh... kicap! Tepuk dahi.. sendiri lupa. Pegawai tu tengok botol dan tunjuk 2 jari tanda cross. No. Selamatlah kicap tu di bumi Japan.
Malam kedua tidur lewat sikit. Iron tudung sebelum tidur. Seperti biasa masing² tidur lena sangat.




















































Wow...besar betul ketamnya....boleh makan sekampung ni...hihihi
ReplyDelete