Pages

Sunday, November 23, 2025

Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Negeri Kedah 2025

Hari ni final game setelah anak-anak seminggu menjalani latihan intensif dan perlawanan sebenar.

Alhamdulillah sekolah Wafi menjuarai perlawanan 3 tahun berturut-turut. Tekanan juga buat mereka apabila perlu cuba untuk mengekalkan kejuaraan. Latihan selama 2 tahun nampaknya membuahkan hasil. Jika tahun lepas pelajar senior + beberapa orang dari Form 3 terpilih mewakili sekolah namun tahun ini mereka yang terdiri dari pelajar Form 3 perlu menjadi tonggak pula.

Keputusan hari ini.

Nampaknya Wafi dapat 1 wicket hari ni.

Jadual perlawanan.

Keputusan sepanjang perlawanan.

Cikgu belum share gambar-gambar perlawanan.

Jadi ibu share gambar-gambar semalam ketika rehat menentang KUPSIS.
Ibu Alya share.

DD, Wafa dan Afiqah.

Alya & Afiqah.
Wafi dan Alya.

Gambar-gambar bawah semasa perlawanan persahabatan dengan SMK Ibrahim.
Sebagai pemanas sebelum perlawanan sebenar. 






Wafi yang pakai helmet+grille.



Nampaknya betul-betul susah senang bersama.

Insyaallah mereka akan mewakili Kedah di peringkat kebangsaan pula pada bulan Disember.

Berbaloi lah ibu menahan mata hari ni dari tidur sebab nak tunggu keputusan permainan. Each second check scoreboard 😎
Padahal dari pagi hujan sejuk je.. kalau dapat tidur memang lah sedap. Demi seketul Wafi ibu tahankan je lah.

Insyaallah minggu depan Wafi PB. Semua anak-anak kriket dapat cuti gantian. 
Alhamdulillah bolehlah jumpa nanti... sebulan dan tak jumpa.

Sekarang jam 10.40 malam, hujan di luar masih on & off.
Tak lebat tapi sesekali angin tiup kuat.

Semoga yang baik-baik buat semua di selatan Thailand juga di sebahagian Kelantan yang mengalami banjir.

1 comment:

  1. Tahniah buat Wafi dan sekolahnya....wahhh impressive 3 tahun berturut-turut jadi juara.

    ReplyDelete