Haaa.. lepas seminggu baru call. Last week dok busy exam. Semalam baru call itupun sekejap, macam just say hello.. hai 😁. Hari ni call semula lama sikit.. itupun nak minta sedikit info. Juga dok bagitau risau pasal result exam esok yang akan diterima.
Tak apalah Wafi... terima je lah apa yang dapat. Usaha, doa dan tawakkal pada Allah.
Ni gambar² yang Wafi share beberapa minggu lepas.
Jamuan Laksamana 2025
22/10/2025
Gambar-gambar sebelum masuk dewan makan.
Dah nama pun rumah biru... setiap tahun asyiklah beli pakaian biru. Untuk jamuan ni, 3 kali ibu belikan blouse... ada yang terkecil, ada yang tak kena gaya... yang paling biasa ni lah Wafi nak pakai. Baju ni simple tapi bila dah digayakan cantik pula. Ibu beli kat Shopee je sebab Wafi tak boleh nak beli sendiri. Skirt tu kakak dia punya.
Mak Adam F2 dari Selangor, initiate buat satu grup untuk parents berkongsi rezeki. Collect duit untuk tambahkan menu dan bagi souvenir untuk anak-anak dan guru.
Beliau juga datang ke sekolah untuk pastikan kerja-kerja terlaksana bersama beberapa orang parents yang duduk di sekitar SP. Alhamdulillah atas bantuan parents yang super awesome ni.
Sekolah sediakan menu western (chicken chop dan spagheti) jadi parents tambah menu lain seperti sate, pizza, green tea, cup cake dan fruit cocktail.
Kalau ikut setiap batch 120 orang dan ada 4 rumah. Sepatutnya 30 orang setiap rumah tapi sekarang form 3 tak sampai pun 120 orang.
Majlis Anugerah HEM & Akademik (MAHKOTA) 2025
25/10/2025
Merupakan satu majlis yang dilaksanakan untuk merai dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya menempa kejayaan cemerlang sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah. Majlis ini juga bertujuan untuk menghargai penat lelah dan penglibatan ahli rumah sepanjang tahun dalam usaha menyemarakkan semangat rumah di asrama. Selain itu, majlis ini juga turut menghargai pencapaian murid-murid yang telah mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Tahun ni Johan Anugerah MAHKOTA dianugerahkan kepada Rumah Bendahara.
Rumah Laksamana jatuh di tangga ketiga.
Tahun ini MAHKOTA diadakan di dewan makan sekolah berbanding sebelum ni yang diadakan di luar sekolah.
Ingatkan dah habis kisah jamuan makan tahun ini.
Ingatkan dah habis kisah jamuan makan tahun ini.
Rupanya ada lagi... Wafi baru je call bagitau ada jamuan batch pula. Kali ni mereka nak buat diluar.. tak berapa dengar tadi nama tempat tu.
Satu kepala RM40 tapi disebabkan agak mahal untuk pelajar, mereka bayar RM20 sahaja. Lepastu mereka cuba dapatkan sponsor dari parents.
Tu yang Wafi tanya boleh tak ibu sponsor.
Insyaallah.. boleh je.. adalah nanti tu rezeki anak-anak Batch Cosvictor.










No comments:
Post a Comment