Lata Kolam Air Deru Ecopark
Alamat: 5048B, Jalan Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Negeri Terengganu, Malaysia.
Ia berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu (Hulu Besut) di Terengganu.
Tengok gambar yang dihantar pun... Subhanallah... lahaiiiii... cantiknya tempat ni.
Aktiviti Kak Widad bersama rakan kuliah.
Jom Cipta Kenangan Terindah Bersama Classmates SMSKPP!✨
📅 Hari: Khamis (sebarang pertukaran tarikh dorang bagitahu)
📆 Tarikh: 13 November 2025
⏰ Masa: 2:00 (DEKAT SANA) Be punctual. (After kelas ITF)
📍 Tempat: Lata Kolam 🌊🌿
Mereka nak healing lepas habis defend proposal FYP pada hari Selasa 11/11/2025
Jalan nak masuk pun bersih dan cantik.
Mulanya geng lelaki nak buat BBQ tapi bila tengok yang join terlebih ramai, tak jadi pula. Nak prep tak sempat itu yang mereka decide kumpul duit seorang RM6, beli nasi/bihun goreng.
Geram betul nengok. Rasa nak mandi.
Dah pesan kat Kawi lepas ni masuk musim tengkujuh tak boleh pergi dah mana-mana lata.


















Bestnya jernih betul air tu.
ReplyDelete