Pages

Saturday, November 1, 2025

Osaka, Japan 2025 : Osaka Castle

Osaka Castle dibina pada tahun 1583 oleh Toyotomi Hideyoshi sebagai simbol kekuatan dan penyatuan Jepun. Istana ini menonjol dengan menara utama berlapis emas, dikelilingi taman luas dan parit air. Kini ia berfungsi sebagai muzium yang mempamerkan sejarah samurai dan era feudal Jepun.

Tempat tarikan pertama yang kami akan pergi adalah Osaka Castle yang terletak di Osakajo, Chuo Ward, Osaka.

Nak sampai ke istana ni kenalah naik tangga, turun tangga, tukar station, tukar tren. Mana yang ada eskalator tu memang terasa heaven 😁

Dari Bande Hotel Namba kena berjalan kaki ke Stesen Shin-Imamiya dalam 550 meter.
Jalanlah pelan-pelan ya πŸ˜†


Banyak hotel di sekitar kawasan ini. Mungkin ianya sangat dekat untuk ke stesen keretapi.

Basikal diparkir tepi-tepi laluan. Dalam karung putih tu ibu tak tau apa.

Ada satu kedai ni jual baju-baju dan kasut. Dok ulang-alik jalan yang sama tapi tak ada lah beli di sini.


Tiket pengangkutan awam hari ni tidak termasuk dalam pakej, jadi mohler kita beli. No worries, TG akan beritahu dan ajar macamana nak beli. Boleh juga minta beliau belikan.

Jangan risau juga tentang baki bayaran. Disebabkan wang yang kami tukar semuanya besar iaitu ¥10,000 (RM280) tapi harga tiket hanya ¥820 (RM23) tetap mesin ni bagi baki.
Sengaja masukkan ¥10,000 untuk tukarkan ke deno yang lebih kecil.

Beli one day pass jadi boleh lah naik seberapa banyak metro/tren atau bas. Antara larat ke tidak je huhu...


Tiket one day pass rupa gini je.

3 beradik bersama emak mereka.



Tunggu tren sampai.

Masuk-masuk coach ni semua terdiam. Pandang muka masing-masing sambil menahan nafas.
Bila keluar tren lega.. mana taknya... kenapa coach ni macam bau hancing. Ini macam satu kepelikan.
Kalau tengok seat dalam tren tu dari fabrik kain baldu. Mungkin ada yang terkencing di mana-mana seat. Adehhhh

Tren/coach lain selepas itu semuanya ok. Takde dah bau² yang tidak menyenangkan.

Ada few stations sebelum sampai ke stesen yang terdekat untuk ke Osaka Castle.


Nampak dah signboard ke Osaka Castle.
Keluar dari stesen. Sambung lagi berjalan.

Akan nampak signboard Osaka Museum of History. 

Untuk ke Osaka Castle akan mengambil perjalanan lebih kurang 15 minit (itu kalau non stop🀭).

Batu tanda di pintu masuk Naniwagu Site, sebuah taman arkeologi.

Sebelum sampai ke Osaka Castle akan melalui bangunan Osaka Museum of History.

Rupanya ada perbezaan antara Osaka Museum of History dan Osaka Museum of Housing & Living.


Pergi ke Osaka Museum of History πŸ‘‰ kalau minat sejarah, arkeologi, dan istana lama.

Pergi ke Osaka Museum of Housing and Living πŸ‘‰ kalau mahu merasai suasana hidup zaman Edo dan ambil gambar di jalan lama Jepun.

Ini pula bangunan NHK Osaka Broadcasting Station & Hall.

Hoenzaka Iseki

Replika bangunan gudang kayu beratap jerami dari Zaman Kofun (abad ke-5).

Dibina semula berdasarkan hasil eksavasi arkeologi tapak Hoenzaka, yang menjadi bukti penting kehidupan awal di kawasan Osaka.



Berhenti kejap ambil gambar hahhaha...


Tunggu jap nak lintas jalan.

Ting... ting.. jom jalan. Siap ada bunyi macam ketukan.


Jauh lagi... rasa nak ambil beca πŸ˜†

Nampak macam ala-ala istana... nak sampai lah kot.


Bangunan ni sebelah kiri... istana terus lagi.

Panas... panas.

Tak sampai lagi hokey...


Rehat kejap... minta nyawa πŸ˜πŸ˜€
Kat sini minum air yang dibawa. Cik Elis hulurkan coklat kat semua kawan-kawan.
Kami memerlukan energy lagi hahahah

Rasa macam nak give up.
Rasa macam nak naik je tour bus. 

Nenek relax je lagi.

🏰 Mengapa Osaka Castle dikelilingi oleh air?

Osaka Castle (ε€§ι˜ͺ城, Ōsaka-jō) dikelilingi oleh parit besar berisi air (moat / ε €, hori) kerana fungsi pertahanan dan simbol kuasa.

Tujuan utama: pertahanan daripada musuh

Pada zaman feudal Jepun (sekitar abad ke-16–17), istana dibina bukan sekadar tempat tinggal, tetapi kubu pertahanan tentera.

πŸ›‘️ Menghalang serangan langsung: musuh tidak boleh terus menyerang dinding istana kerana mereka perlu menyeberangi air dahulu.

🐎 Menyukarkan pergerakan kuda dan pasukan berkuda.

🧱 Melindungi asas tembok batu (stone walls) supaya sukar dihancurkan oleh meriam atau api.

πŸ•³️ Mengawal akses: hanya beberapa jambatan boleh digunakan, jadi pertahanan mudah dikawal di pintu masuk tertentu.

Osaka Castle malah mempunyai parit berganda — parit luar (soto-bori) dan parit dalam (uchi-bori), menjadikannya antara kubu paling kukuh di Jepun pada zamannya.


Ni baru pintu awal.

Dah.. dah.. jomlah sambung berjalan... ni macam baru 1/2 way je. Terus lagi.. lepas tu ke kiri pula. Takde shortcut².

Sampai dah... 

Kesian pulak nenek bawa handbag... marilah ibu bawa. Segala harta nenek bakal jadi kepunyaan ibu muahhhahha


Nenek nak jadi kupu-kupu kah 🀣😍

Osaka Castle (ε€§ι˜ͺ城 / Ōsaka-jō) bukan sekadar sebuah bangunan istana — ia sebenarnya kompleks bersejarah besar yang menggabungkan seni bina, taman, muzium, dan tapak pertahanan lama.


Kami hanya mengambil gambar di luar sahaja. Tak masuk dalam istana.
Nak masuk ada bayaran yang dikenakan.

Tingkat 8 paling atas ada Observation deck dengan pemandangan 360° Osaka — termasuk Osaka Castle Park & bandar moden.

Macam-macam air ada dalam vending machine ni. Kami hanya beli mineral water. Juga Minute Maid orange sebotol.

Tak berani lah nak beli air pelik-pelik sebab tak tau kandungan nya.

Kat sini tak ada lah peniaga tepi-tepi jalan jual air macam kat Malaysia. Vending machine mereka dah cukup banyak. Mineral water dalam ¥100-200.



Belakang tu Miraiza-Osaka-jo yang menempatkan restoren, kafe, kedai souvenir dan muzium figura.

Osaka Castle <Checked>

Osaka Castle di awal musim luruh. Mungkin kena kembali lagi ketika spring dan end autumn πŸ₯°

Parit luar / Outer moat

Sebelum jalan meninggalkan kawasan Osaka  Castle, ambil gambar parit besar yang mengelilingi istana.

Sepanjang jalan tu akan jumpa penutup manhole begini. Ini ada ukiran Mount Fuji.

Ini pula memaparkan beberapa tempat di Osaka. Street art juga lah ni. Ada yang berkaler.

Lepas ni kita cari makan pula.

No comments:

Post a Comment