Restoren yang kita nak masuk tu in between je.
Nengok gambar aiskrim ni menarik betul. Tapi tengok je laaaa.....
Actually bahagian depan adalah kedai souvenir dan restoren yang kita nak masuk ni ada di sebelah dalam.
Masa ni pun dah jam 12.30 pm, makan time!
Restoren ini menawarkan makanan Halal, Vegan dan Gluten free.
Jom tengok menu.
Free.
Bawak jajan dari Malaysia. Buat kudap-kudap.
Kalau kat Malaysia bila anak-anak order teh-o mesti nenek cakap, teh-o pun nak beli 😁
Mak, betul ke nak order teh-o?
Betullah.... duit mak.
Haaaa... camtu je mak kenakan kami 😅😅
Bergambar sahaja tapi tak minum pun. Sikit sangat teh nya nanti nenek tak cukup pula.
Cantik tea set ni.
Ibu dan Nenek Ina order ini.
Set ni ada Warabi Mochi, pun sedap.
Tempura Udon/Shrimp
Juga ada tempura labu dan akar teratai.
Cik Fatin punya. Walaupun nampak biashe-biashe tapi sedap rasanya. Nama curry tapi bukan curry macam kat Malaysia.
Sedap juga.
Cuma dua hidangan nasi ni kalau ada hijau-hijau barulah lebih menarik presentationnya.
Senduk untuk makan.
Rasa kelakar pula bila guna untuk makan, jadi kami minta sudu dan garpu sahaja. Ini untuk senduk tofu.
Cik Elis pilih Tempura Udon.
Resit ini kena tunjukkan kalau kita nak guna bilik solat restoren.
Nanti staff akan panggil berapa orang boleh masuk pada setiap masa.
Kalau tak silap ibu 3 orang je boleh masuk.
Sayang ibu tak dapat solat, kalau tak boleh masuk tengok setiap tempat solat yang disediakan di restoren Japan.
Yang ini digital controller kat dinding pula. Macam-macam pattern toilet kat sana.
Dekorasi dalam tandas.
Dekorasi dalam tandas.
Sementara menunggu yang lain habis solat, ibu tengok-tengok barangan yang dijual di kedai souvenir berdepan dengan restoren.
Compare harga yang dijual di Kyoto dan Osaka.
Compare harga yang dijual di Kyoto dan Osaka.
Perut dah kenyang masuk dalam van masing-masing layan mata.
Cuaca pulak sejuk.
Nikmat betul.





























No comments:
Post a Comment