Pages

Thursday, November 20, 2025

Saudagar Nanas Agrofarm

Ayah suggest singgah rumah Cik Ami di Kajang. Tapi sebelum tu nak jalan² ke beberapa tempat.

Tempat pertama ke Saudagar Nanas Agrofarm di Sungai Merab. Dalam 2.6 km je dari Putrajaya.
Ibu ada baca di blog Ezna Khalili sebelum ni, itu yang teringat tempat ni dan datang sini. Tq Ezna share tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya. Nanti bila-bila kami pergi Beryl's pula.

Aishhh.. curam pulak jalan ni. Laluan masuk.

Parking tepi ni je.


Nanti nak keluar ikut laluan sebelah kanan.
Mujur juga.. 

Kedai makan di sana.

Tak sure nanas apa... mungkin MD2.


Kakaktua ni dok garu² badan.

Nanas yang dijual.

Harga di sini.

Ada tu kalau nak beli kek dan bahulu.

Buat pesanan di kaunter kalau nak makan dan minum.

Kami duduk kat bawah sana.

Pesanan yang dibuat.


View dari atas.
Nampak macam nanas tu sedang ditanam semula.


  • Pineapple Asam Boi
  • Popiah Nanas
  • Pineapple Cheese Cake
  • Teh tarik

Pokok tumpang.

Kamu malu ke?

Sebelum balik ibu ada beli 2 biji nanas. Satu hari selepas tu ibu kupas sebiji namun dapati ia tak semanis masa beli di Nanas Montel. Mujurlah ada Kuah Rojak Mak Bee... selesai masalah😆
 

1 comment: