Pages

Sunday, November 2, 2025

Osaka, Japan 2025 : Makan Wagyu Di Honolulu Grande, Shinsaibashi

Dari Osaka Castle kenalah berjalan semula ke train station. Turun naik tangga/eskalator lagi. Ikut je lah tour guide. Rasanya turun di Shinsaibashi Station.

Shinsaibashi merupakan kawasan perdagangan dan hiburan terkenal di Osaka.
Shinsaibashi-suji Shopping Street pula adalah lorong membeli-belah berbumbung sepanjang kira-kira 600 meter.

Dikelilingi kedai-kedai fesyen, butik mewah, kedai kosmetik, restoran, dan kafe.

Menyambungkan Shinsaibashi Station ke kawasan Namba/Dotonbori.

Nak ke restoren yang kami akan pergi akan lalu jalan ni dari train station.Banyak butik-butik terkenal di kiri kanan. Ini yang sempat ambil gambar je. Orang ramai kat sini.

Manhole yang berkaler.

Lalu kat kedai-kedai kecil.

Dah laluan nya begini.. jalan je lah. Bila penat ambil gambar... tengok gelagat orang sekeliling.

FamilyMart ada di mana-mana. 

Nampak macam belakang kedai je kan.. tapi itu lah kawasannya.

Fuhhh... lega.. sampai dah tempat yang dituju.

Restoren Halal Honolu Grande Shinsaibashi.

Menu yang dipaparkan.

Hidangan replika yang dipamerkan.

Kecil je pintu masuknya.

Bahagian bawah penuh jadi kena naik atas.
Aghhhh... curam pulak tangganya tu. Ibu ni dahlah sejenis yang gayat.

Order cepat-cepat... boleh cepat makan.. lapar. Mana tak lapar, last makan berat kan kat flight dari Hanoi ke Kansai jam 3.30 pagi. Jalan merata-rata pula.

Order yang berlainan jadi boleh share makan.

Hidangan yang dipesan cepat je sampai. Mungkin menu yang disediakan tak banyak jadi senang staff sediakan.

Special Rich Chicken Flavor Ramen ni pilihan Farah yang duduk semeja dengan kami.

Ibu pilih Spicy Fried Chicken Ramen.

Puas hirup kuah sebab senduknya besar 🤣

Nenek Ina dan Cik Fatin order Wagyu Ramen 100g.
Sidai macam tu je wagyu nya 😂
Diorang cakap macam nenek sidai kulit lembu je hahha

Mula-mula ingat nak order Wagyu Steak tapi nanti takut tak kenyang pula, itu yang ambil wagyu ramen. Tambahan pula kalau ambil Wagyu Steak Sirlion 250g, harganya ¥11,000! 

Cik Elis dan nenek pilih Wagyu Sukiyaki Rice

Jom makan.

Nak juga rasa original Takoyaki di Japan.

Nasi di Japan agak bulat.

Total harga makanan berenam. 
Jauh-jauh datang kena lah rasa makanan lokal. 

Puas hati makan kat sini... semua sedap menepati citarasa kami.
Betullah bila ada yang memperkatakan daging wagyu umpama cair di mulut.


Meja sebelah... tak nampak pula Ciksuq dan Aisyah.

Meja kami.

Air kosong ais free... sedap betul penat-penat jalan dapat air sejuk. Lega tekak.

Restoren ni kecil je. Ada 3 meja sahaja di atas. Kemudahan tandas juga ada.
Kat sini kami solat jamak Zohor dan Asar. Surau yang disediakan hanya memuatkan seorang sahaja namun tempat wuduk disediakan sekali.

Sementara ibu bayar bil, nenek dan Nenek Ina duduk di bangku yang disediakan. Mujur juga masa kami sampai tak ramai pelanggan jadi terus dapat tempat duduk dan tidak menunggu lama.

Perut pun sudah kenyang, lepas ni kita jalan-jalan di kawasan sekitar.

1 comment:

  1. Manhole pun cantik siap ada gambar. Kalau kat Malaysia camni cantik jugak.

    ReplyDelete