Pages

Saturday, November 8, 2025

Osaka, Japan 2025 : Nara Deer Park


Day 2️⃣ : 18.10.2025 Saturday

07:50 : at lobby
08:00 : Tour Nara 
10.30 : Tour Kyoto-Lunch & Solat 
16.30 : Go home
Free & easy

Sebelum tidur tour guide share jadual hari ke-2.

Seawal jam 4.30 pagi masing-masing sudah bangun. Semua dapat rehat yang cukup sebab tidur pun awal. 

Pagi sarapan dulu dalam bilik berupa roti, wrap tuna dan kopi 3 in 1.
Ibu bawa 6 sachet je kopi jadi tak cukup pula pada malam terakhir. 1 sachet buat 2 cawan.
Tak jumpa kopi 3 in 1 kat Japan.

Bergambar depan reception.

Turun dulu, seperti biasa kami yang awal. Bolehlah jalan-jalan kat bawah.

Depan Bande Hotel, Namba.

Atas laluan tu bukan sampah tapi macam sticker menggunakan cat.

Telefon tu berfungsi.

Sebelah kanan hotel.

Sebelah kiri hotel.

Mungkin awal lagi jadi tak ramai orang lalu lalang.

Hari ni akan ke Nara dulu dan jarak dari Osaka dalam 1 jam pemanduan.
Kedudukan Osaka - Nara - Kyoto
Ini pakej yang kami ambil.
Ada juga pakej yang ke Kobe.

Dalam perjalanan ibu ambil beberapa keping gambar.

Di Jepun, tol tanpa berhenti menggunakan sistem ETC (Electronic Toll Collection), yang membolehkan kenderaan melepasi tol tanpa perlu berhenti untuk membayar.

Banyak jumpa pokok-pokok kurus.

Banyak parkir bertingkat di sini.

Kawasan kediaman.


Parking terbuka, sebelah sana tu shopping mall tapi setingkat je.

Daiso.


Sampai dah di kawasan Nara Deer Park.

Rusa-rusa bergerak bebas.


Nara Deer Park, yang terletak di Nara, merupakan salah satu taman tertua dan paling terkenal di negara ini. Taman ini menjadi rumah kepada lebih 1,000 ekor rusa liar yang dianggap suci dan utusan para dewa dalam kepercayaan Shinto. Rusa di sini jinak serta bebas berkeliaran di sekitar taman dan kuil bersejarah seperti Tōdai-ji dan Kasuga Taisha. Pelawat boleh membeli “shika senbei”, biskut khas untuk memberi makan kepada rusa, sambil menikmati keindahan alam dan warisan budaya. Nara Deer Park melambangkan keharmonian antara manusia, haiwan, dan alam semula jadi Jepun.






Jangan... jangan... kamu jangan dekat pada saya 😆


Cik Fatin dan Ciqsuq di sana.


Jinak rusa-rusa kat sini.
Nenek suka lah melayan.

Tapi ibu ada pengalaman pahit masa mula-mula masuk.
Tiba-tiba seekor rusa menggigit tepi peha ibu. Arghhhh terkejut lah.
Tu yang bila 3 ekor rusa ni datang ibu takut sikit.
Masa ni ibu pegang biskut rusa.

Bila Cik Elis share gambar ni kat grup family katanya macam RAWIWA ngam-ngam 3 ekor nak minta suap 😁

Cik Fatin tak puas hati sebab rusa asyik mengikut dia.
Dah sapa suruh pegang je biskut tu!

Najis rusa ni bulat-bulat kecil.

Besar kawasan taman ni.

Jom ke sebelah sana. 
Masa ni ada seekor rusa juga mahu melintas sama tapi lampu merah dia jalan je.
Kereta yang lalu kena berhenti.

Nara National Museum.


Nara Deer Park <Checked>

Dia pun nak interprem.

Belakang tu Nara National Museum.
Dibuka pada tahun 1895, menampilkan seni dan budaya Jepun purba, terutamanya dari Kuil Tōdai-ji.

Walaupun berhati-hati dengan "bom jangka" ada juga yang terpijak 😎

Jom gerak ke van semula.

Nampak sign ni dalam toilet.
Musim mating rupanya.
Tapi takkan lah ibu kelihatan seperti rusa betina sampai kena gigit 😂

Shika senbei / biskut khas untuk rusa berharga ¥200/pack

Perkataan “shika” bermaksud rusa, dan “senbei” bermaksud biskut beras. Ia diperbuat daripada tepung gandum dan dedak, tanpa bahan kimia atau gula, supaya selamat dimakan oleh rusa


Kat sini pun si rusa ikut Nenek Ina.

Berbotol-botol Cik Fatin beli air mineral Evian kat sini. Murah katanya.
Ibu tak jumpa pulak sebab tak ada dalam vending machine.
Ini Paris Edition sebab depan dan belakang botol ada gambar Eiffel Tower.

Lepas ni kita ke Kyoto pula.

3 comments:

  1. ada lagi public phone kat sana kan , seronok tengok Rawiwa makan angin Osaka , Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Pokok² dekat sana macam orangnya juga, kurus² 😁
    Jinak sangat pun saya takut juga Kak, asyik mengekor risau!

    ReplyDelete