Dari Saudagar Nanas Agromfarm, kami ke Kompleks Nasyrul Quran.
Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. ‘Nasyrul Quran’ diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘Penyebaran al-Quran’. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan.
Antara buku-buku yang dijual.
Ibu ada beli sebiji fridge magnet di sini.
Gambar masjid merah tu Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa, Pulau Pangkor
Mini Mimbar antara pameran yang disediakan.
Mozek dengan corak geometri.
Perkataan 'mushaf' berasal daripada bahasa Arab, merujuk kepada 'lembaran-lembaran yang disatukan'
Pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Antaranya pedang Abu Bakar As-Siddiq
Laluan ni macam jambatan ke galeri percetakan.Kalau tengok kiri ke luar nampak Balai Bomba Prescint 14.
Pintu masuk ke ruang taklimat dan percetakan.
Masa kami masuk Tuan Haji Ustaz Roslan sedang memberi taklimat kepada pengunjung yang datang. Joinlah sekali walau bukan dari mula.
Taklimat dari Tuan Haji Ustaz berkenaan pembuatan Al-Quran dari awal hingga akhir.Bagaimana proses menulis, menyemak, menjilid dan sebagainya.
Sempat lagi ustaz menyelitkan tazkirah masa taklimat.
Lepas taklimat kami berpeluang menyaksikan bagaimana proses percetakan/production dilakukan. Tempat mencetak ni di bahagian bawah, kiranya kami tengok ni dari sebelah bilik taklimat. Ada pintu dari situ.
SUDAH BACA QURAN HARI INI?
Ustaz sedang menunjukkan tulisan yang betul dan salah. Even tanda bacaan pun ada yang boleh membuatkan ianya ralat. Contoh saiz tanda bacaan tak cukup panjang atau mempunyai bentuk yang berbeza.
Buat Aqad Waqaf beramai-ramai.. Alhamdulillah atas izinNya.
Keluar dari Galeri Percetakan, setiap pengunjung diberikan cenderahati senaskah Surah Yasin. Ada few design, ibu ambil yang ini.
Ibu ada belikan buku kanak² untuk Bella.
Kami keluar jam 5 pm namun dalam kompleks masih ada lagi pengunjung. Dibuka setiap hari 9 am - 5 pm kecuali hari Ahad.
Bestnya pengalaman dapat tengok percetakan Al-Quran.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tu pun kami baru tau Cie, bila google tempat boleh dikunjungi sekitar Putrajaya. Later Cie turun Putrajaya bolehlah pergi.
DeleteTak tahu pula ada kilang percetakan Al Quran di Putrajaya. Menarik untuk dikunjungi.
ReplyDeleteBetul En. Faizal, menarik tempat ni. Kami pun baru tau juga. Nanti mai Putrajaya bolehlah En.Faizal singgah situ.
DeleteAlhamdulillah kami pun dah sampai Di NQ ni... Seronok masuk ke sini, macam² info boleh dapat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. yayyyy... sampai dah ya.
DeleteAda lagi Kompleks Nasyrul Quran ni nak tambah bangunan. Tak silap depan Nasyrul Quran ni. Seberang jalan.
ReplyDeleteOoo... tak cukup kapasiti agaknya tempat sekarang.
DeleteAiiiih baru tahu ada tempat ini. Padahal ada melewati prescint 14 saat di Putrajaya. Pedang yg dipamerkan itu replika atau asli kak?
ReplyDeleteKami pun baru tau Fanny.
DeleteWallahua'lam... tak ada info pula tentang ketulenan pedang itu sebab tidak dinyatakan pada papan info.
Selalu gak wak limpas bangunan nih tp x pnh singgah lg . Huhu
ReplyDeleteNanti wak singgahlah pulak bila lalu situ.
Deletebestnya,, pengalaman yang menarik dan berharga.. melihat sendiri proses percetakan
ReplyDeleteYa ustaz, Alhamdulillah, dapat pengalaman menyaksikan sendiri proses percetakan.
DeleteBesar kompleks ni. Pernah lalu je. Menarik juga dapat masuk sini melihat proses pencetakan Al-Quran.
ReplyDeleteAah Fizah, besar tempatnya. Oo Fizah pernah lalu. Kami pertama kali masuk P14 tu.
Deletepernah pergi sini tahun 2019. memang menarik sangat dalam ni. saya suka tgok tulisan tangan quran yg mewakili setiap negeri dalam malaysia tu. dia letak dalam frame yg besar. tktaula masih ada kat display lagi or tak
ReplyDeleteehhh.. macam tak nampak pulak.. ke ada ruang yang akak ter"missed".
DeleteMenariknya!
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi ke sini. Memang sesekali kena singgah Putrajaya lama-lama sikit untuk teroka apa ada di sana.
Betul kak... kena lama sikit sebab banyak juga tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.
DeleteBagus nya...Linda pun tak pernah lagi ke sini
ReplyDeleteNanti boleh bercuti-cuti ke Putrajaya pula.
DeleteMemang dibuka untuk orang ramai ye kak kompleks ni?rasa nak pergi sini la...
ReplyDeleteRuangan pameran dan jualan memang buka untuk orang ramai. Yang bahagian percetakan tu akak rasa cam kena ada pengiring sebab mereka akan bagi taklimat secara terus sebelum pengunjung boleh ke ruangan tinjau.
Delete