Pages

Monday, April 8, 2024

Cuci² Kereta... nak raya kan๐Ÿคช


Pagi ni terpaksalah bawa kereta untuk dicuci. Mula² ingat nak lambat² sket keluar tapi disebabkan ada orang potong rumput kat rumah cepat² larikan kereta. Sebelum ni 3 kali (kereta lain) cermin kereta pecah sama ada front, rear dan side screen akibat terkena batu masa orang mesin rumput.

Semua kereta ibu add on insurance windscreen. Memanglah boleh je claim insurance hantar ke bengkel cermin tapi masalahnya kalau terkena musim nak raya ni haru lah pulak๐Ÿ™„

Setel dah... ni kat depat kedai statioenry pula carikan calculator Wafi. Nak yang upgraded pula. Harap adalah Classwiz tu.


Saturday, April 6, 2024

Rawatan Fisioterapi

Ibu sudah menjalani 7 kali rawatan fisioterapi untuk sakit lutut ibu. Yang ke 7 pada 23/3/2024
Ada lagi satu sesi, nantilah lepas raya buat.
1st terapi pada 6/1/2024.
Sepatutnya seminggu sekali tapi disebabkan jadual yang tak menentu itu yang drag sampai bulan Mac ๐Ÿ˜†

2 minggu sebelum terapi terasa sakit lutut di bahagian pelipat terutamanya bila nak turun sujud. Rasa macam ada bunyi² kat atas lutut tu. Bila malam terasa nyeri di bahagian lutut. Sama pula bila bangun pagi.

Sama juga kalau masuk tandas cangkung. Bila nak bangun tu terasa seksa. Terpaksa bangun pelan² dengan  menampung tangan ke lantai atau dinding. Kalau guna tandas public memang ibu pilih tandas cangkung. 

Ibu rasa sakit lutut ni start dari balik Terengganu bulan October tahun lepas. Masa kat homestay tu ibu baring meniarap sebab layan HP. Masa tu terasa lutut tu terkehel. Tapi masa tu tak sakit apa². Lepas dari tu kadang² sakit bila naik dan turun tangga. 

Sehari sebelum ke Kuching ibu dapatkan rawatan di salah sebuah klinik di Bandar Bukit Rajah.
Nahhh... 3 jenis pain killer ibu dibekalkan. Dari yang ringan sampai yang kuat. Ambik je lah buat standby. Kalau tak sakit tak perlu makan.
Masa kat Kuching tu walau berjalan jauh tak ada pula sakit lutut. 
Hamboiii.. bila berjalan tak terasa pun sakit eh 

Samalah juga, bila ibu buat briskwalk atau jogging tak ada pun masalah.

Bila nak solat baru mengada nak sakit lututlah.
Samalah kalau duduk dalam kereta lama-lama, mulalah lutut rasa kebas.
Mulalah stress, dok mikir takkan sampai nak kena buat pembedahan atau masukkan gel dalam lutut atau rawatan perubatan lain. Ibu google lah apa yang perlu dilakukan jika lutut sakit. Ada nampak rakan FB post yang beliau mendapatkan rawatan fisioterapi bagi masalah lututnya.

Why not ibu cuba!


Physio centre yang paling dekat di Hillpark bersebelahan Hospital UiTM Puncak Alam.
Ibu dapatkan temujanji dahulu.

Vietnamese Spring Roll


Ini juadah berbuka puasa hari Selasa lepas, Vietnamese Spring Roll bersama Sos Hijau dan Sos Thai.

Nampak macam mudah, tapi kedengaran azan Maghrib masih menggulung 4 biji ni ๐Ÿ˜
Saiz pun sudah tidak keruan hahahha
Asal bungkus dan gulung je lah

Bahan-bahan Vietnamese Spring Roll
  • Rice paper
  • Suhun celur
  • Crab stick stim/rebus
  • Udang stim/rebus
  • Carrot mentah/stim/rebus
  • Salad
Sos Hijau ni ibu ikut resepi di sini.

Iftar Di Al-Fateh Steamboat & Grill

Ini cerita Hari Isnin 1/4/2024
Pagi masuk ofis, kawan ibu call invite untuk iftar bersama beberapa orang lagi rakan dari other department. Ibu setuju lah selepas dapat keizinan dari ayah. Yeayyy.. tak perlu masak hehhe.. ayah kata pandai-pandailah nanti ayah cari makanan untuk buka puasa.

Al-Fateh Steamboat & Grill ni terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Pertama kali makan di luar bersama this crowd.
Biasanya dengan geng-geng Finance & Accounts Department.

Alhamdulillah dengan rezeki malam ini.
Food brings us together!

Sebelum ibu sampai rumah, ayah pesan belikan burger.
Katanya malas nak singgah beli makanan, jadi makan mi segera Chef je.
Hurmmm....





 

Hadiah Top Komentar Mac 2022 - Januari 2024 Amie's Little Kitchen

Ibu terima SMS dari GDEX pada pagi 22/3/24 tapi masa just ignore je sebab rasa tak beli apa. Esoknya Cik Rasul whatsap dalam grup Lot 4028 yang parcel ada kat kedai. 

Owhhh... rupanya hadiah untuk Top Komentar Mac 2022 - Jan 2024 Amie's Little Kitchen.
Allahu.. ibu pun hampir lupa walau Cikgu Amie ada mention akan post out hadiah kepada para penerima.
Dah buka pun hadiah tapi belum sempat tulis dalam blog dan notify Cikgu Amie.
Aduhhh.. teruknya lah ibu ni. 

Belum buka hadiah sudah terhidu bau yang sangat sedap dan wangi.

Friday, April 5, 2024

Staycation & Buffet Ramadhan Di Hotel UiTM Shah Alam

Syukur sangat malam ni dapat berehat-rehat bersama family. Malam ni ibu nak ambil peluang untuk update blog yang agak sendu kebelakangan ini. Rasa seronok bila tulis blog guna laptop. Biasa kalau nak cepat ibu update guna handphone tapi kepuasannya kurang. Malam ni kita stay dan berbuka puasa di Hotel UiTM setelah anak-anak balik ke rumah. Kak Widad sampai hari Rabu, manakala Wafi dan Abang Imi sampai pada hari semalam, Khamis.

Dapatlah ibu recharge energy dan minda setelah kehidupan kerja sangat hectic dari awal bulan Mac 2024 sehingga petang tadi sebelum punch out. Saban tahun bila year end closing diikuti pula dengan audit memang menyesakkan. Tambahan pula di bulan puasa. Malam terasa pendek. Badan pun perlu rehat.

Company ibu shut down bermula 6/4/2024 - 14/4/2024
Yeayyyy... 
Balik ofis kena sambung closing account bulan Mac pula.
Nanti-nanti lah fikir huhu๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Tuesday, April 2, 2024

Iftar & Sambut Ulangtahun Kelahiran

Hari yang kita balik Kulim tu merupakan ulangtahun kelahiran ayah yang ke 51 tahun. Ibu belikan 3 potong kek di Secret Recipe. Makan share2 je lah.
Sampai rumah makngah, makngah beritahu sudah beli kek juga.

Makngah order Nasi Arab Talam yang super sedap. Ayamnya sangat moist dan juicy.
Tokwan beli kuih muih dan ayam golek.
Wafi malam tu nampak berselera betul makan. Seronok ibu tengok. Masa dalam kereta keluar dari asrama dah pesan nak minum Ice Lemon Tea masa berbuka. Ibu belikan 2 botol jadi the next day bolehlah buka sekali lagi.

Kek yang makngah belikan untuk ayah.
Sekali lah dengan Maktok sebab tarikh kelahiran mereka sama.

Kita celebrate birthday ayah dengan Tokwan, makngah, Syafwan dan Pakjohn. 

Sebelum ibu ayah gerak balik, makngah bekalkan makanan lagi untuk  kami makan dalam perjalanan dan untuk sahur setibanya di rumah.
Jam 8 malam kami gerak balik dan tiba di rumah almost 1.30 pagi.
Rasanya malam tu 90% kenderaan atas jalan raya adalah lori besar-besar.
Uishhh... seram juga dibuatnya bila berselisih.

Hari Sabtu petang makngah share gambar ni. Wafi sampai dah ke asrama.
Sepatutnya makngah nak bawa Wafi jumpa Toklang tapi takut tak sempat pula sampai asrama pada masa yang ditetapkan.
Lain kali lah kita jumpa Toklang pula.