Pages

Wednesday, September 20, 2023

Makan Tengahari dan Membeli Belah Di Arked Tanjung Dawai

Lepas makan cendol tu kita teruslah ke Tanjung Dawai untuk makan tengahari. Wafi dah cakap lapar sebab pagi tu tak breakfast. Alahaiii anak.. kat asrama tu 6 kali sehari makan, bolehnya lapar. Hahhh.. itu lah jadi kalau skip makan! 

Sedang eloklah untuk lunch sebab masa tu dah hampir jam 12.30 tengahari.

Kami pilih gerai yang kiri sekali sebab ada menyediakan ikan bakar.
Minta anak-anak pilih lauk yang mereka nak makan.

Kat luar ni pelbagai jenis lauk goreng dan bakar.

Wafi sedang pilih sotong goreng. Abang pun nak makan sotong juga. Jadi ambillah untuk semua orang.

Pari bakar dan ikan lain pun ada.
Kanan tu telur sotong.
Ibu ambil pari bakar dan telur sotong.

Pelbagai jenis ikan bakar yang semuanya amat menggoda.

Sotong bakar tu pun menarik tapi anak-anak tak berkenan untuk ambil.

Pelbagai jenis kerabu.
Kakak kecewa bila tiada kerabu ceker.

Kerang-kerangan.

Pelbagai masakan ayam dan ikan.

Baru perasan ada ketam dan sotong kecil tumis.

Lauk lagi.
Bila ke kaunter ulam-ulaman dah tak banyak sayur yang tinggal. Kalau tak silap ada tenggek burung, ulam raja, bendi, kacang botor, timun, salad dan petai.
Sambal tempoyak dah habis tapi sambal belacan dan air asam masih banyak.

Ini lauk yang kami ambil.
Sotong goreng, telur sotong, kerabu taugeh, ulaman dan sambal belacan, pari bakar dan kuah tempoyak.

Agak kecewa juga dengan sotong goreng di sini sebab ia agak liat. Mungkin terlalu garing. Namun puas hati sebab dapat makan telur sotong. Kerabu, kuah tempoyak dan sambal belacan agak masam.
Lain kali bila datang lagi kami akan elakkan makanan yang agak masam juga sotong goreng tu😁
Mungkin boleh ambil sotong bakar kalau nak makan sotong.

Total damage makan di sini. Ayah kata murah tapi ibu rasa macam tak murah je. Ini ibu agak-agak je lah harga makanan tu.
  • Kerabu - RM7
  • Pari bakar - RM8
  • Telur sotong - RM8
  • Nasi 4 - RM4
  • Ulam dan sambal belacan - RM4
  • Sotong goreng badan 4 pcs dan beberapa kepala - RM22 (mungkin badan dikira RM5 dan RM2 kepala)
  • Teh o ais 1 - RM1.80
  • Kuah tempoyak - free
  • Air kosong 3 - free
Kat luar lah dapat makan bersama.
Kadang di rumah nak makan sama tak cukup quorum.

Setiap kali datang, pasti ramai pengunjung restoren ni.

Lepas makan tu ibu dan Kak Widad naik ke tingkat atas arked untuk membeli hasil laut dan jajan.
Biasanya ibu akan pergi ke satu kedai je sebab kebanyakan barangan yang dijual adalah sama. Dari segi price tak compare pula. Agak malas lah untuk membandingkan harga di setiap kedai sebab kita pun perlu kejar masa.

Ni kat kaki lima gerai. Nampak pelbagai jenis ikan masin. Tapi ibu tak beli lah sebab ikan masin ni ibu je yang makan kat rumah.
Ada pula keropok lekor mentah jadi ibu beli satu sebab dari hari tu Kak Widad teringin makan.

Keropok-keropok tu kebanyakkannya datang dari Terengganu.

Ikan bilis dan belacan semua elok. 
Ibu pun tak sure belacan mana yang tersedap. Ambik je lah yang plastik merah tu. Beli lebih bagi kat adik beradik. Ikan bilis beli 1/2 kilo untuk rumah dan 1/2 kilo lagi bagi kat nenek.

Hasil tangkapan. 
Almost RM200 lah habis di sini.
Dapatlah free ikan masih sebungkus.
Baru teringat patut tanya boleh tak tukar ikan masin dengan benda lain yang sama harga 😁

Otw balik tu nampak orang jual pulut panggang.
Berhentilah beli.
Sekeping 80 sen jadi kita belilah 6 keping. Nampak besar dan gebu kan!
Masyaallah.. sedapnya lahai pulut panggang ni.
Terasa udang keringnya.

Sebelum tu sudah terlepas gerai jual tepung bungkus.
Tepung bungkus kat utara ni sedap dia lain macam lah.
Next time singgah.

6 comments:

  1. ishhh kalau saya ni mau rambang mata nak pilih lauk semua rasa nak ambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rambang mata Afzan tapi end up anak-anak ambil makanan yang biasa makan je.

      Delete
  2. Replies
    1. Betul WP memang fenin. Tu yang suruh anak-anak pilih sendiri. Ibu ayah makan je apa yang diorang ambil.

      Delete
  3. Pernah sekali singgah kat Tanjung Dawai ni alang alang balik kg suami kat Alor Setar. Banyaknya pilihan ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ezna, banyak sangat pilihan dan kebetulan kami sampai pun masih awal lagi.

      Delete