Rumah kan dah siap dan serahan kunci juga sudah dibuat tapi masa tu elektrik tak ada lagi. Untuk apply elektrik rumah mesti sudah siap dan ada pintu barulah kontraktor elektrik boleh jalankan tugas. Kontraktor yang disarankan oleh Maria ialah En. Usop. Beliaulah yang settingkan wiring dalam rumah dan kemudian baru apply TNB.
Rasa cam sebulan lebih juga tunggu meter ni.
Hari Selasa 15/8/2023 kontraktor TNB pasang 4 batang tiang.
Tapak meter ni perlu disediakan siap-siap dan no rumah harus tertera. Nanti kontraktor akan ambil gambar rumah dan tapak ni dan perlu disertakan ketika memohon meter dan tiang TNB.
Balik ofis ibu singgah tengok.
Tiang ke 3 ni ditanam hampir ke rumah kami.
3 tiang di jalan masuk manakala tiang ke empat pada kedudukan di sebelah rumah ke 3.
Tiang pertama.
Tiang ke 2.
Disebabkan ada 3 lot di hadapan tanah kami, kontraktor bagi cadangan untuk menanam tiang betul-betul pada batu/tiang sempadan agar tidak mengganggu laluan masuk apabila pemilik tanah mahu membina rumah. Kami kira pemilik tanah sebelah beruntung bila membuat rumah pada masa akan datang sebab tiang sudah tersedia 😀
Tiang ke 3 ni ditanam hampir ke rumah kami.
Nampak tanah basah?
Semasa tanam tiang tu, kontraktor TNB telah terkacau paip bawah tanah. Tak taulah mereka perasan ke tidak, aiseyyyy... tak ada pun bagitau kami.
Mujurlah ibu tengok petang tu.
Ibu inform ayah.
Ayah bagitau kedua-dua konraktor, Syabas dan TNB.
Kontraktor Syabas datang tengok, kebetulan jiran sebelah rumah. Since kerosakan minor je jadi beliau setuju untuk baiki. Tengah malam tu juga mereka betulkan.
Hari Jumaat 18/8/2023, kontraktor TNB pasang kabel pula.
Tengahari tu Kawi ambil gambar bila kontraktor dah balik.
Tengahari tu Kawi ambil gambar bila kontraktor dah balik.
Next phase - interview and choose tenant.
Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."
sayangnya umah baru nk bg org sewa... mudahan dpt tenant yg pandai jaga rumah mcm rumah sendiri
ReplyDeleteMemang sayang KM, nak tunggu anak-anak duduk lambat lagi. Mudah-mudahan dapat tenant dari syurga 🤲
DeleteAlhamdulillah tahniah! Tumpang happy utk sis...
ReplyDeleteMudah-mudahan dipermudahkan segala urusan khususnya nak dapatkan tenant yg baik 🤲
Aamiin... Terima kasih PH atas doanya 💖
DeleteOh rumahnya nak disewakan ya kak. Semoga dapat tenant yg rapi dan bisa menjaga rumah seeprti rumahnya sendiri yaa ☺️
ReplyDeleteInsyaallah akan disewakan.
DeleteAamiin.. terima kasih atas doanya Fanny 💖