Pages

Wednesday, September 27, 2023

Pulang Bermalam

Alhamdulillah hari ni Wafi pulang bermalam selama 3 hari. Kebetulan esok Cuti Maulidur Rasul dan bersambung dengan cuti weekend. Pertama kali Wafi pulang sendiri bila Aisyah telah bertukar semula ke sekolah lama. 

Ibu ayah sangat bangga dengan awak tau Wafi.. berani dan berdikari. Di usia 13 tahun travel 400km naik ETS sorang². Tapi bak kata Cik Wada.. mana ada sorang..., dalam ETS tu ramai.

Okay... ibu yang terlebih drama๐Ÿ˜†

Masa sampai Stesen KTM Wafi beritahu ada beberapa seniors naik ETS sama cuma coach berbeza. Bas sekolah hantar pelajar ke stesen KTM dan bas.

Lega ibu bila handphone Wafi boleh digunakan sebab masa last balik ritu tak boleh guna whatsapp. Asal boleh call takpe. Wafi kata sebab tak update whatsap lagi. Petang semalam abang dah siap topupkan dulu.

Wafi ambil handphone masa di sekolah. Pelajar yang duduk jauh dibenarkan bawa HP kerana menaiki public transport. Cuma serah semula kepada cikgu warden atau cikgu kaunseling setibanya di sekolah.

Ibu dan Abang Imi sampai di stesen KTM jam 5.45pm. Ibu ambil time off keluar jam 4.30 tadi. Kali ni je lah Abang Imi tolong drive lepas ni bila dah masuk U semula terpaksalah ibu drive sendiri huhu...

Happy bila nampak Wafi keluar dari platform.

Walau baru jumpa 2 minggu lepas tapi setiap hari anak ini sentiasa dirindui๐Ÿ˜๐Ÿ˜

2 comments:

  1. Tahniah Wafi! Berjaya pulang sendiri. Memang sudah pandai berdikari dia.
    Rasa rindu terhadap anak memang kita tanggung sampai bila-bila.....

    ReplyDelete
  2. Saya pun nanti merasakan rasanya anak sekolah jauh. ๐Ÿ˜„. Pasti memang rindu sangaat ya kak. Wafi dah besar, terkadang sebagai orangtua, kita suka tak menyangka, kalau anak dah besar tinggi, dah bisa pulang sendiri. Saya suka lupa kalau mereka dah bukan bayi ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete