Pages

Friday, September 22, 2023

Urusan Sekolah

Hari Ahad sebelum balik ke Klang kami ke sekolah Wafi semula. Kami ke pejabat sekolah untuk uruskan perkara berbangkit 😎
Jam 9 sampai lah ke sekolah sebab kita estimate masa untuk berjumpa Wafi jam 10 am sewaktu pelajar rehat.
Alhamdulillah dapat jumpa cikgu kaunseling walau plan asal nak jumpa petugas pejabat sahaja. Kebetulan cikgu kaunseling lapang pada pagi tu.

Wafi dah pesan tunggu je dalam kereta tapi ibu macam biasalah mesti nak tunggu depan koperasi.

Bila nampak ibu...

Mama..... kan kita kata tunggu kat kereta je...

Dia malulah tu!

Nampak tu.... pusing kereta taknak kawan nampak.




Salam semua lagi sebelum kami balik.


Bye Fi... nanti kita jumpa lagi bila awak PB sempena Cuti Maulidur Rasul.

Dalam jam 10.30 am tu kami terus gerak balik.

Ayah drive sampai Sungai Perak lepastu ibu offer diri drive.
Keluar highway tu baru perasan ibu kena drive melalui Terowong Menora dan kena menuruni bukit selepas terowong. Laluan tu paling ibu tak gemar huhu...

Menyesal pula offer sebab lepas Ipoh. hujan turun lebat on & off.
Kenderaan banyak dan lalulintas tak begitu lancar.
Tambahan pula bila berada di belakang kereta kuning tu 😀
Mujur tak banyak lori dan bas sebab ibu ngeri betul bila nak potong kenderaan berat ni.

3 jam ibu pandu sebab kita nak stop di RnR Ulu Bernam untuk solat dan makan tengahari.
Masa tu dah jam 3.30 pm.

Mulalah ibu pertikaikan sebab ibu pandu 3 jam, ayah dan Bami pandu 2 jam je. Lagipun masa mereka pandu, trafik sangat lancar!
Takmo dah offer lepas ni, ibu akan pura-pura tidur 😂😂

5 comments:

  1. Hahahaha....aduhai..ingat dh lepas terowong menora erk...sabar jer la kak...next time kalau nak offer biar lepas terowong...seronok la Wafi kan...lepas la rindu dia kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately ni je offer diri SA sebab kasihan pula nengok husband drive. Mungkin faktor usia nampak penat drive jauh. Sebelum2 ni husband tak pernah tanya pun untuk minta ganti.

      Delete
  2. Samalah, saya pun seram nak potong kenderaan terutama yang besar-besar macam lori.

    ReplyDelete
  3. Kalo dah ketemu truck besar atau lori, apalagi yg bawa angkutan berat macam kayu dll, dah laah suami langsung berusaha untuk lepas dari belakang dia. Resikonya seram 😅. Dan udah pasti bakal lamaaaa sangat karena truck ini tak bisa laju jalannya.

    ReplyDelete
  4. kalau jalan jauh sy memang tak pernah offer diri kak..memang buat2 mengantuk buat2 tido,saya pun sama rasa tak yakin kalau memandu jalan yang jarang2 lalu

    ReplyDelete