Pagi tadi Wafi call beritahu yang ramai kawan² terpaksa balik disebabkan sakit mata. Sakit mata ni kan senang berjangkit. Tambahan lagi bila sudah duduk beramai-ramai. Wafi pun terasa macam nak sakit bila ada saraf macam merah. Tapi Wafi tak tulis nama bagi cikgu warden jadi kad outing tak disediakan untuknya. Tambahan pula tiada siapa yang dapat jemput Wafi disebabkan makngah kuarantin kerana Covid. Ibu nak datang tapi esok je lah, Wafi kata tak perlulah sebab jauh pula.
Ibu pesan kalau betul² sakit kena beritahu warden. Ibu ayah tak boleh sampai awal kerana duduk jauh. Mujurlah Wafi memahami walau 2 kali jugalah dia merajuk. Call kali ketiga baru ok bilamana ibu beritahu minggu depan ibu ayah akan datang lawat dan outing. Ahad boleh ke pejabat sekolah atas urusan rasmi 😔
Semalam lagi ibu dah beritahu macamana orang yang sakit mata ni.
- mata merah
- bengkak keliling mata
- tahi mata banyak hingga sukar untuk buka mata
- gatal mata
- mata berair
- mata terasa panas
- bila sujud atau rukuk seolah² terkeluar biji mata
Tadi Wafi kata kalau sakit mata risau nak sujud dan rukuk, takut biji mata terkeluar lalu jatuh atas sejadah😅😅
Adehhh Wafi... Wafi... bukan biji mata terkeluar dari soket tapi macam nak tersembul je...
Belum pernah ibu dengar orang terkeluar biji mata secara tiba-tiba.
Semoga Wafi baik-baik sahaja di asrama.
No comments:
Post a Comment