Pages

Saturday, September 9, 2023

Sakit Mata Juga

 


Pagi tadi dekat jam 9 am, Wafi call beritahu tentang matanya yang sakit. Ibu tanya ada beritahu warden tak, minta warden hantar klinik. Wafi kata warden mana hantar klinik, kawan-kawan parents diorang yang ambil dan bawa pergi klinik. Allahu.. Wafi.. Wafi. Mereka kan duduk dekat jadi bolehlah parents datang ambik. Wafi kata tak apalah kalau ibu tak datang (nada merajuk lalu letak telefon).

Lantas ibu mesej cikgu PKHem, minta arrangekan mana-mana cikgu warden bawa Wafi ke klinik. Kos rawatan dan perjalanan ibu akan transfer. Sejam setengah lepas tu Wafi call beritahu sudah pergi klinik dan dapat MC 10 & 11hb. Hari ni tak dapatlah MC sebab hari cuti sekolah. Tapi warden dah pesan malam ni tak perlu ke bilik prep. Wafi boleh duduk di sickbay. Untuk bawa Wafi ulang alik ke Selangor agak hassle jadi ibu ayah minta Wafi stay je di sekolah.

Menurut Wafi, cikgu warden bawa ke Klinik Purnama Sungai Petani. Bila ibu check dalam 3km je dari sekolah. Memang ibu harapkan Wafi dibawa ke klinik swasta je sebab tak perlu tunggu lama. Wafi kata masa sampai tu tak ada orang. Jadi sekejap je lah urusan. Pernah sebelum ni masa Wafi jatuh di sekolah dan dibawa ke klinik awam, 1/2 hari juga terpaksa menunggu. Masa tu juga ada beberapa orang pelajar dibawa ke hospital atas alasan kesihatan.

Wakil parents F1 beritahu di grup telegram, setakat pagi ni terdapat 42 pelajar F1 sakit mata. Form lain pun ramai juga. Semoga anak-anak ini diberi kesembuhan dengan segera.


13 comments:

  1. kalau dekat berdesup ibu sampai,harap Wafi faham...agaknya wafi berharap ibu boleh datang ambil&balik rumah hehe,jauh Nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Afzan, ni tahan je lah. Mujur Wafi ok. Petang tadi dia call ok katanya. Harap cepatlah sembuh.

      Delete
  2. ha musim kak... sek anak buah last month almost satu sakit mata.. tu yg hangkut dia balik rumah MC seminggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *satu sekolah..berjangkit jangkit kisahnya

      Delete
    2. oo.. patutlah.. tadi cikgu kelasnya pun ada bagitau baru balik dari KUPSIS, pun sama ramai yang sakit mata. Adik ipar kat sini pun kata memang sedang musim.

      Delete
  3. Allahu..sekarang mcm musim kan kak..kesiannya wafi..semoga wafi cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... baru tau sedang musim. Harap tak mudarat dan Wafi cepat sembuh. Tadi dia kata ok. Semoga bertambah baik.

      Delete
  4. Susah hati ye bila anak jauh, jatuh sakit pula. Mudah-mudahan Wafi cepat sembuh ye 🤲
    Tadi pegi sekolah anak gak, ramai kawan-kawan dia balik rumah gak sbb sakit mata ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. susah hati juga. Baru tau juga tadi anak-anak yang duduk jauh Selangor/KL ada yang balik naik bas. Itu lah harapnya Wafi cepat sembuh. Ada kawan-kawan yang dapat MC sampai 14hb.. Virus ni dok serang budak sekolah kot tambahan yang duduk asrama lagi lah senang berjangkit.

      Delete
  5. Semoga sakit mata Wafi cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, 3 hari dah baik WP. Jemu dia duduk di sickbay sebab sorang-sorang. Kawan lain yang dapat MC balik rumah.

      Delete
  6. Semoga cepat sembuh untuk wafi. Tak enak sakit mata ini. Terasa pedih dan berat.

    Di sini pun tak jauh beda kak, swasta memang lebih cepat pelayanan, dibanding RS pemerintah. Tapi itu karena di RS pemerintah biasanya menerima BPJS (berobat gratis untuk semua warga). Sementara swasta tak terima.

    Tapi maklum saja, di mana2 ada harga, ada service lebih pastinya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pertama kali Wafi sakit mata dan alhamdulillah sudah sihat dan ke sekolah semula.
      Betul tu Fanny, pilih lah mana yang sesuai dengan keperluan kita.

      Delete