Pages

Tuesday, September 5, 2023

Make Over Bilik Wafi

Agaknya Kakak Widad rindukan Wafi. Mana taknya... hari ni dok kemas dan rearrange perabot dalam bilik Wafi. Biasa Wafi akan kemas dan deko² bilik sendiri. Ini dah bertukar rupa tak tau ler apa reaksi Wafi nanti. Dah ler Wafi anti kakak😅.

Ibu pun tak boleh buat apa sebab sampai² rumah kakak dah makeover. Takkan nak suruh arrange seperti asal effort kakak tu. Tak apa lah tunggu Wafi balik nanti macamana.

Abang Imi kata katil letak hujung tak kena kipas, alih² kena tidur bawah. Rasa coffee table tu ibu dah letak luar untuk dilupuskan sebab kaki pun dah kembang. Kakak balut bahagian atas dengan wall paper. Drawer bawah dah tanggal. Ibu tak suka material sebelah bawah yang hanya guna plywood sahaja. 

Kerusi kayu tu pun rasanya dah kat luar sebelah pintu untuk Wafi guna masa tunggu van tahun lepas. Tak silap kerusi asal kerusi besi hitam merah. Mana ntah kakak letak 🤔🤔

Buku² Wafi Tahun 6 masih simpan lagi. Tahun depan je lah baru lupus.

Meja putih ni pun kakak balut dengan wallpaper.. adehhhh... ibu purposely beli meja putih agar synchronise dengan katil, wardrobe dan drawer. Sabar je lah... Wallpaper tu baki untuk kerja PSV Wafi.

Kereta kecil tu takde siapa berani buang sebab itu hasil kerja seni Wafi. Rasa T5 atau T4. Tak ingat dah.. roda belakang pun dah tanggal. Tunggulah Wafi balik nanti.

4 comments:

  1. alamak acik plk seram ni nak tunggu wafi balik risau hahaha
    harap wafi suka la..kesian kakak penat make over :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti reaksi dia.... kakak ni... sukahati je ubah2 bilik kita 😆
      tapi bila dia balik mesti tidur dengan ibu... switch bilik dengan ayah 😂😂

      Delete
  2. alamak.. pandai² pula kakak ni... boring sgt ler tu... nnt ibu ceta reaksi wafi pulak ye

    ReplyDelete