Pages

Monday, September 18, 2023

Cendol Pulut Wahab & Ais Kacang

Lepas ambil Wafi di sekolah kita menuju ke Bedong pula sebab lepas tu nak makan di Tanjung Dawai. Masa yang panjang kena fikir tempat yang menarik juga untuk dikunjungi kalau tak dok dalam mall je lah. Untuk pelajar yang tinggal di sekitar Kedah, kebanyakannya bila outing akan balik ke rumah sahaja dan bila petang akan hantar semula ke sekolah.

Tempat pertama kita tuju, Cendol Pulut Wahab & Ais Kacang yang terletak di Bedong, Kedah.
Kedai ni terletak di tepi jalan pekan kecil Bedong. Di situ juga pusat jualan buah-buahan.

Singgah makan cendol pulut atas wishlist Kakak Widad. Katanya masih teringat-ingat bila kali pertama makan di sini.

Sementara tunggu cendol sampai, selfie lagi untuk melepaskan rindu.
Nampak novel tebal tu? Sekarang Wafi dah layan novel di waktu senggang. Wafi kata kakak senior yang pinjamkan. Novel yang sedang viral. Entahlah.. dah lama ibu tak baca novel sebab dok layan KDrama je😄

Wafi kata tak nak makan tapi bila cendol ayah sampai dia yang rasmikan dulu.
Ayah order cendol double.

Nampak tu kakak yang tak sabar nak makan cendol.

Ini cendol pulut biasa.
Ada isi cendol, pulut, kacang merah dan gula melaka @ merah tak sure.
Simple tapi sedap. Mungkin penggunaan santan asli.
Barulah authentic makan cendol dalam mangkuk besi dan beralas. Sudu tu pula tebal dan berat. Ibu dok belek-belek kotlah sudu tu double 😁

Setup kedai pun simple. Kedai kecil je dan bersih. Masa kami sampai tu tak ramai pelanggan lagi mungkin masih awal jadi dapatlah tempat duduk terus.

Wafi membelakangkan uncle penjual cendol.

Wafi dah semakin rajin riadah petang, itu yang nampak muka makin berkilat 😊

Sebelum balik Kakak Widad tapau lagi satu nak minum dalam kereta. Kakak taknak pulut dan kacang merah jadi uncle tambahkan cendol. Suka lah kakak.

Total damage 4 cendol biasa, 1 cendol double dan sirap selasih RM13.70

 Masa dalam kereta terperasan kedai ni. Nampak sangat oldschool kan!

8 comments:

  1. oo kakak pun ada...semalam nampak Bami je ingatkan kakak tak ikut
    tukang gigi tu rare ibu pekan2 lama je ada ni..ingat kecil2 dulu atok nenek buat gigi palsu dekat tukang gigi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah pertama kali akak jumpa. Kalau kat tempat sendiri buat gigi palsu kat klinik gigi sebab nampak kat signboard service yang disediakan.

      Delete
  2. Murahkan makan cendol kat Kedah ni :D
    Ibu perasan tak ada gerai sate kat situ? PH lalu sini dulu nmpk ada org jual sate dekat Pekan Bedong ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH, terasa murahnya.
      Ada nampak orang jual sate tu depan sikit dari gerai cendol, betul2 mengadap jalan juga. Siang ada yang jual sate. Rare juga. Cuma tak berkesempatan lagi nak singgah sebab kalau gi area sana nak cari makanan orang utara.

      Delete
  3. suka akak dgn bekas cendol tu. menambah selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Kak Yan, saya pun tertarik juga. Dibuat dari besi yang agak padu. Penjual invest mangkuk begini pasti lebih tahan lama.

      Delete
  4. Wah, rajinnya Wafi baca novel tebal. Alhamdulillah. Membaca jambatan ilmu. Banyak kosa kata dan istilah yang Wafi dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh rakan sebaya kak, bagus juga bila ada nampak kawan baca dia pun nak join. Kalau kat rumah susah juga nak pegang buku, lagi seronok pegang handphone.

      Delete