Pages

Saturday, September 23, 2023

Makan Tengahari Di Sepiring

Petang dah plan dengan Kak Widad untuk ke Setia City Mall sebab masing-masing nak cari kasut untuk ke konvo Kak Widad awal bulan depan. Ibu juga nak cari handbag yang nampak lebih formal. Keluar rumah jam 3.30 pm sebab lepas sarapan ibu selesaikan kerja ofis dulu.

Sampai SCM cari makan sebab Kawi tak makan lagi. Masalahnya kalau ke SCM kaki mesti nak melangkah ke Black Canyon walau lalu banyak restoren. Kali ni kami tekad takkan pandang BC sebab nak cuba restoren lain walau dalam hari meronta nak masuk hahahah...

End up kita ke restoren sebelah BC iaitu Sepiring.

Mari tengok menu yang ada.
Ibu ambik gambar few pages je lah.


Restoren ni masih mengekalkan order diambil oleh pelayan dan tiada robot penghantar makanan. 

Nampak refreshing tapi tak ambil pun sebab pagi tadi dah minum kopi ais.

Lama tak makan Yam Cake.

Minta air kosong 2 gelas.
Ini pun refreshing juga dengan hirisan lemon.

Yam cake.
Kak Widad pertama kali makan. Katanya macam talam berlauk.

Spicy Smoked Beef Pasta
Pasta daging salai masak lemak 😁

Kakak sudah kelaparan.

Tertarik dengan penggunaan recycled tin susu.

Nyonya laksa.

Ada juga sambal kalau nak lagi pedas dan tambahan limau kasturi.

Dating berdua sebab ayah dan abang mana nak ikut kalau beli barang perempuan.
Baik layan movie kat rumah 😂😂

Dah kenyang barulah cari barang yang dihajati dan sebelum balik tapaukan KFC untuk ayah dan abang. Lepas hantar KFC kami ke rumah nenek pula.
 

10 comments:

  1. Menariknya menu yang ada.
    Yang tak ikut keluar makan dapat juga habuan ye. Rezeki betul dapat KFC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde makanan kat rumah tu yg kena tapau hehe

      Delete
  2. bestnya bonding time sesambil shopping... hehehe.. so far sy jarang nk shopping berdua dgn iman... harus semua follow kalau shopping... hahaha... mungkin bila dh bujang nnt yg hero² semua dah takmo ikut lagi kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih kecik2 lagi tu KM, tunggu lah besar sikit nanti adalah alasan diorang taknak keluar hehe

      Delete
  3. Cantiiik kak Widad 😍.

    Kalau anak dah besar, asyik jadi teman kemana-mana ya kak. Nak shopping bersama, nak traveling pun nanti bisa . Itu impian saya juga sebenarnya, kalau si kakak dah besar, pengen saya ajak jalan berdua traveling jauh sikit 😄

    Makanannya tapi terlihat sedap. Trutama yam cake. Ini fav saya dulu. ❤️. Krn rasanya gurih sedikit pedas kalo mama bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dah besar ni seronoknya sebab dia boleh tolong drive. Ibunya malas nak bawak kereta. Nak relax je.

      Wahh.. pasti seronok nanti Fanny dapat travel dengan si kakak. Masa tu orang pasti ingat macam kakak dengan adik.

      Yam cake tu sedap tapi kalau sambalnya kurang masam lagi ok.

      Delete
  4. Anak perempuan kawan baik mak dia kan..macam tu la SA dan Dania..yam cake tu nampak sedap la..lama x lepak Sepiring

    ReplyDelete
  5. suka tengok kakak widad cantik manis je muka dia...saya dah lama tak keluar berdua dengan Pia sebab kesian kalau tinggal waled sorang2 hahaha..dulu waled selalu keluar audit rajin juga la jalan berdua je dengan Pia

    ReplyDelete