Pages

Monday, September 4, 2023

Murah Je Jual Besi Buruk

Tengahari semalam ada lori kutip besi buruk. Rasa dah beberapa bulan tunggu mana-mana van atau lori baru lah hari ni sampai. Depan jalan besar ada je kedai yang beli besi buruk tapi itu nak kena angkut ke sana pula. Bila ada lori/van yang datang senang lah sikit kerja.

Asalnya nak jual besi ampaian dan basikal tu je. Bila check-check belakang rumah ada pulak tangga yang rosak. Tong racun dan tong cat pun ada. Ehhh... banyak pulak boleh dilupuskan.
Longgokan begini murah je, RM10
Tak pasti berapa timbangan sebab ayah yang uruskan. Tak kisahlah asal boleh hilang dari pandangan mata.

Total barang dilupus RM25.
Yang mahal sebab ada sebiji bateri kereta. Itu mereka ambil RM15.

Petang ayah minta Bami beli apa-apa makanan untuk minum petang guna duit tu.
Dapatlah Bami beli Takoyaki dan beberapa ketul ayam goreng seringgit.
 

10 comments:

  1. Besi buruk kadang2 dapat murah je harga.
    Tapi kalau kumpul aluminium Cuya rasa untung.
    Kalau kertas, herm lagi le murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, aluminium lagi untung tapi sebab jarang beli minuman dalam tin, kadang beli masuk dalam tong sampah je dan yang untung pekerja pembersihan. Mereka akan asingkan sampah domestik, besi dan botol plastik lepastu mana yang boleh jual, mereka jual. Tak mengapalah rezeki mereka. Dulu rajin juga asingkan tapi nak menunggu banyak jadi semak pula bertimbun2 end-up campurkan je. Tak bagus rakyat begini ๐Ÿ˜Ž

      Delete
  2. Betul janji clear kan. Pernah jual pintu juga sebab pintu dah tukar yang lain. Dapat juga hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. masa tukar pintu tukang tak ambiklah eh.. ok gak jual sendiri dapat kat kita.

      Delete
  3. kumpul kertas kumon berkotak² alahai sedihnya... brp sen je dpt.. tp bateri kereta mmg mahal sikit dia ambik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku2 dan kertas memang rasa sakit hati kan sebab kita beli mahal lepas tu bila susun punyalah tinggi tapi bila jual berapa duit je ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ
      Bateri kereta kat sini diorang ambik fixed price RM15 tak perlu timbang.

      Delete
  4. banyak juga dapat tu kak..clear dah sedap sikit mata memandang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut ada lah lagi macam gril tingkap kot nak pasang modify semula. Nak tunggu dulu.

      Delete
  5. Samaa kak, saya pun kadang malah tak kisah berapa harga yang ditawarkan, yg penting bawa semua barang2 tak terpakai tu. Bikin semak gudang, dan bisa jadi sarang tikus kalo terlalu banyak barang๐Ÿ˜„.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minimalist sahaja kan Fanny, lapang mata dan otak.

      Delete