Pages

Sunday, September 3, 2023

Nota Untuk Cerita

Nota ni ibu jumpa dalam dompet Wafi bila ibu kemas-kemas tempohari. Lama dah nota ni Wafi simpan semenjak mula-mula masuk asrama. Masa mula-mula dulu banyak yang Wafi nak cerita tapi kadang-kadang lupa. Ibu pesan tulis dalam buku nota. Buku nota tu bawa ke mana-mana. Jadi bila ada yang nak cerita senang. Tapi Wafi koyakkan kertas nota tu dan bawa ke public phone.

  • Tadi sains tak belajar pun. Kita belum belajar lagipun sains DLP.
  • Letak kain batik atas kerusi sebab kotor.
  • Semalam makan ubat demam.
  • Shampoo rambut.
  • Nak balik, nak pindah 😎.
  • Tak makan pagi.
  • Kelam kabut towel jatuh.
  • Beli per????
  • Tengok cerita Coco bukan Moana (ini sebab hari sebelum bagitau weekend nak tengok Moana tapi ditukar).
  • Spotcheck locker senyap-senyap
  • Pagi tadi kena check on ke off (rasa tentang spot check dorm)

Rasanya itu nota untuk beberapa hari, ibu pun tak ingat.

  • Belikan pensel tekan.
  • Aisyah outing dengan ayah dia.
  • Tak boleh tukar bahasa (mula-mula Wafi ambil Bahasa Arab sebagai Bahasa Antarabangsa, kemudian tukar ke Bahasa German. Dah tak boleh tukar lagi sebab cikgu penyelaras tu garang).
  • Tudung dan baju terkena something warna hitam.
  • Bawakan sejadah kecil
  • Nanti outing with mama dan ayah bawakkan fon kita (Allahu... ibu rasa sedih sangat masa pertama kali jumpa masa outing).
  • Alamat rumah ikut IC atau yang mama bagi (ini untuk isi Kad Outing).
  • Letak nombor telefon rumah ke untuk borang HPV (borang suntikan).
  • Kita tak makan tengahari tau selalu so kita boleh makan snacks (sebab nak cuci baju sekolah, lagipun sudah makan waktu rehat, beli di kooperasi).
  • Nanti kakak ikut sekali ke pergi Kedah (adoiiiii... ini tak sure samada dia suka atau tak suka 😂😂).
  • Kita bangun pukul 4.20 tapi tidur balik sampai pukul 5.00 (haaaa... tu rutin hariannya. Dah macam budak-budak Ulul Albab bangun awal untuk buat hafazan).
 Sekarang dah tak perlu nota sebab sudah pandai manage. Akan ada sahaja cerita kehidupan asrama setiap hari.

Details ceritanya.. maklumlah wajib 2 kali sehari call.
  • 6.30 pm
  • 10.30 pm
Ibu dah pesan tak perlu lah call jam 10.30 tu sebab lepas prep boleh cuci muka, tukar baju dan terus tidur. Wafi kata tak boleh sebab mesti nak kena ucap 
  • Good night
  • I love u
  • Take care
  • Sweet dream
Ini lah anak kecil ibu!

2 comments:

  1. huwaaaa sebak...mak2 sangat kan kak sy ni,asal baca cerita wafi mesti terbayang Pia

    ReplyDelete
  2. Anak baik sangaat 😍🤗. Saya jadi ingat dulu pun saya sering tulis di nota, apa2 yg saya nak kerjakan. Karena saya pelupa orangnya. Jadi supaya ingat, kena tulislah. Kalau sekarang pun saya masih suka begitu, tapi dah berganti tulis di notes HP 😄.

    ReplyDelete