Pages

Sunday, September 17, 2023

Outing Bulanan Wafi

15 & 16hb Sept 2023 pelajar dibenarkan keluar outing. Ibu ayah ambil Wafi hari Sabtu je memandangkan hari bercuti. Sebelum tu Jumaat malam baru bertolak dan singgah di rumah ummi. Perjalanan mengambil masa 3 jam disebabkan kenderaan banyak kemungkinan ramai yang akan bercuti disebabkan Sabtu jatuh sebagai hari cuti umum, Hari Malaysia.

Jam 7.30 pagi baru kita gerak ke Sungai Petani.

Entah pukul berapa ummi bangun sediakan sarapan pagi.
Nasi goreng pengalas perut.

Wajiblah ambil gambar dulu 😁


Dalam kereta Abang Imi bagi coklat-coklat yang dibeli di Langkawi. Kawi tanya kenapa tak beli coklat Daim. Aiseyyyy... haritu Bami tanya nak beli coklat apa, ibu kata tak perlulah takde orang nak makan kat rumah, belikan Wafi ke sikit. Lupa pulak pasal Daim tu.

10.45 am baru kita sampai sekolah.
Tunggu jam 11 am baru Wafi keluar.

Ceria betullah bila nampak kami.

Ibu perasan kurang kenderaan parents yang menunggu berbanding bulan pertama dan kedua Wafi di sini. Ini disebabkan Jumaat sudah ada pelajar yang outing tambahan sekarang ini setiap minggu parents sudah boleh melawat anak tanpa membawa keluar. 

Ini gambar masa hantar Wafi. Berbondong-bondong beg hasil dagangan. Kebiasaannya ibu akan beli dulu barang kiriman dari kedai di area rumah. Kat sana nanti barulah add-on apa yang tak sempat dibeli.

Nampak cool je bila ada pokok-pokok ni.

Trip pertama hantar barang ke dalam dorm kemudian turun semula bawa barang lain.

Abang saje je kan tu!

Nanti kita jumpa lagi tau.


Matchy-matchy lah hari ni.

Ok Fi, semoga awak seronok belajar.
Esok jumpa lagi. 

6 comments:

  1. ooo tak boleh outing bermalam erk...nampak mcm wafi seronok belajar kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh hanya outing dari jam 11 hingga 5.30 sahaja. Memang nampak seronok tu tapi kadangkala tak seronok juga dia tu.

      Delete
  2. selaluya hujung bulan baru outin gbermalam kn kak? makin ceria nmpknya wafi skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok jadual juga KM. Pulang Bermalam bila ada cuti panjang sikit kebiasaannya.

      Delete
  3. dah nampak manis senyuman wafi...

    ReplyDelete