Wafi : Mama, kita rasa dah lama tak makan masakan mama.
***********************************
Aiseyyyy... terus ibu rasa insaf π
Mana taknya, balik kerja makanan sudah terhidang atas meja. Tinggal cuci tangan je.
Rumah pun dah berkemas.
Kain dah berlipat.
Gamaknya macam tu lah kalau ada pembantu rumah.
Tapi ini semua kerja Kakak Widad.
Untuk tidak menghampakan permintaan Wafi, hari Khamis cuti Hari Kebangsaan je ibu berpeluang untuk masak. Itupun masak jam 4 pm sebab balik dari Shah Alam almost Solat Zohor dan masing-masing masih kenyang lagi.
- Masak lemak taugeh+kobis+kucai
- Ikan masin goreng
- Goreng cendawan Enoki dan shitake
- Sambal belacan
- Ayam goreng kunyit+kari
- Telur goreng buat meriahkan mejaπ
Masa ni jam 6 pm. Late lunch dan early dinner.
Tangan tak lepas dengan HP.
Lagi 2 hari nak balik asrama kan..
Malam sebelum tidur makan nasi lagi sebab lapar. Mujur lah ada lagi sayur, sambal belacan dan ayam goreng.
Wafi masukkan je dalam microwave.
Memang beda kalo pro ya kak π. Bagi saya, masak ringkas tuh 1 lauk, dan 1 sayur π€£π€£. Skill memasak masih pemula sangat π
ReplyDeleteItu sedang rajin Fanny sebab alang-alang masak, dah lama tak masak kan hehehe.. biasa pun satu lauk dan satu sayur sahaja ππ
Deletesama kak kadang yang dah tua ni pun teringin sangat nak airtangan mak..tp rs bersalah nak minta mak masak sebab mak dah tua,kalau tiba2 mak masak tu rasa bertuah sangat la
ReplyDelete