Pages

Friday, September 22, 2023

Shopping Di Amanjaya Mall

Ada beberapa barangan yang Wafi nak beli untuk kegunaan di asrama. Jadi ibu suggest beli sahaja di SP instead ibu belikan di Klang. Biar Wafi pilih sendiri. Lepas solat Zohor di Masjid Al Busyra tu kita terus ke Amanjaya Mall yang terletak 3.4km je dari sekolah.

Wafi kata nak beli toilettries jadi yang paling mudah Watson.

Sedang pilih perfume.

Akhirnya Wafi memilih perfume Alia.
Ibu pertama kali lah nampak perfume ni.

Kebiasaannya perfume ibu, ayah yang belikan😁

Keluar dari Watson Wafi nampak pulak baju kurung warna dark blue dan black.
Katanya cantik ni boleh pakai masa ke DM.
Ibu cakap ambillah walau mula-mula tu Wafi kata tak perlu sebab banyak dah beli kat Watson. 

Knowing her.. ibu paksa ambil😄

Disebabkan Wafi suka baju oversize maka kain terpaksalah alter pinggang.
Mujur ada kedai yang boleh alter di tingkat bawah.

Singgah juga kedai MrDIY untuk beli jajan padahal dari rumah ibu dah bawakan.
Wafi topup potato chip dan air kotak juga correction tape. Tapi kan.... setiap kali outing atau Pulang Bermalam mesti beli correction tape... macam dah jadi benda wajib!

Hurmmm... ikutlah apa yang Wafi nak.

Asal jangan minta balik rumah 😂

Lepastu tapau Tealive dan Rotiboy sebelum hantar Wafi ke asrama jam 4.30 pm.
Kami hantar awal sikit jadi bolehlah Wafi rehat dan bersihkan diri sebelum makan beradab.

Kami teruskan perjalanan ke Kulim untuk bermalam di rumah Tokwan.

Begitulah rutin bila outing untuk pelajar yang family datang dari jauh.
Kami kena cari few alternative untuk memaksimakan 6.5 jam masa yang ada.
Kalau pelajar yang duduk dekat bolehlah balik rumah.
 

2 comments:

  1. Bila outing memang kita kena spend macam2 untuk keperluan kan kak..SA x berpeluang..sesekali je bawak jenjalan lepas habis kelas.. selebihnya transfer aje duit...dia akan beli sendiri

    ReplyDelete
  2. Correction tape ini juga salah satu yg selaluuuu dibeli anak saya. Kadang saya heran, kenapa sering sangat beli nih, banyak sangat kah kesalahan tulis yg dibuat, atau hilang ntah kemana 😅.

    ReplyDelete