Sebulan lebih lepas hantar ummi dan Cik Wada kali ni tibalah masanya mereka pulang ke Malaysia. Kami ke KLIA dengan 2 kereta sahaja, Abang Imran bawa Intan dan Kak Widad manakala Abang Izzat pandu kereta ibu bawa ibu dan nenek. Kalau tak ada yang drive ibu tak dapatlah ikut sebab malam ibu taknak drive. Kak Widad beria nak pergi sebab masa hantar ummi dan Cik Wada tu dia ada. Itu yang Kak Widad minta Abang Izzat pandu.
Nanti Cik Wada dan Cik Hannis balik dengan family Cik Hannis.
Untuk rekod dan memudahkan urusan lain kali, kami park di Parking A. Sampai ke Level 3. Lagi baik parking Level 2 cuma charge lebih mahal. Dari lift Level 3 tu turun ke Level 2 dan pergi ke bangunan terminal di sebelah. Dah sampai terminal KLIA tu naik 1 level untuk ke Balai Ketibaan.
Mereka dah sampai airport tapi lamalah nak tunggu giliran turun, setel bag dan juga solat Maghrib dan Isyak sebelum sampai ke Balai Ketibaan.
Budak-budak ni buat banner "Welcome Home Umi & Cik Wada" melalui apps GC Led Banner - Led Scroller.
Masa ni ramai haji dan hajjah yang sudah tiba di Balai Ketibaan. Kami tunggu tepi pagar ni. Bagus pengurusan TH dan airport menambah baik dengan meletak pagar yang luas jadi tak adalah jemaah kena serbu dengan waris bila keluar pintu. Masa ambil atuk dan nenek tahun 2008, mereka keluar di pintu Penerbangan Antarabangsa tapi sekarang jemaah keluar di pintu Penerbangan Domestik. Mungkin sudah lama buat macam itu sebab ibu tak datang airport jemput jemaah haji setiap tahun ๐ . Kalau umrah biasanya jemput nenek di pintu ketibaan Penerbangan Antarabangsa.
Sekali tengah sibuk-sibuk tu Cik Anuar nampak kami lalu datang ke kami lenggang lenggok tanpa ummi dan bagasi. Ummi masih kat dalam dan terpaksa lah Cik Anuar patah balik.
Tak lama lepas tu lebih kurang jam 12.09 pagi ummi, Cik Anuar, Cik Wada dan Cik Hannis keluar melalui laluan sebelah sana sebab ambil air zam-zam dulu. Ingatkan akan ikut laluan ke arah kami tapi ikut pagar lain... jadi tak dapatlah budak-budak ni tunjuk banner tu hehe..
Cik Wada dan Cik Hannis sedang diskus pasal toys yang dibeli di airport Madinah tertinggal dalam compartment kapal terbang. Harap dapat semula.
Selalu pakai tudung Bunda ๐
Alhamdulillah mereka sihat-sihat.
Siap-siap bergambar sebagai kenangan teruslah balik rumah.
Di rumah nenek ....
Cik Biela tolong plating dan hidang makanan atas meja. Senang.. balik nanti kami tinggal makan. Dalam jam 1.30 pagi kami sampai rumah nenek. Masing-masing dah lapar semula.
(Tempe "busuk" bukanlah busuk/basi tapi tempe yang mengalami proses fermentasi yang lebih lama berbanding tempe biasa)
Nenek buat sambal belacan 2 versi, satu biasa dan satu lagi takpa gula untuk Cik Anuar yang suka sambal belacan pedas.
Ibu potluck dari rumah ikan siakap goreng + sambal, tempoyak ikan bilis dan telur dadar bawang. Ikan tu ibu tak campur dalam sambal sebab nak ada taste goreng² nanti curah je sambal atas tu.
Cik Biela susun ikan tu macam seekor² padahal ikan tu dah siap potong². Kreatif betul.
Ulam petai, jantung pisang hutan dan pucuk betik rebus.
Sambal bilis tempoyak tu pertama kali ibu buat. Cakap kat abang Izzat jangan compare dengan ummi masak sebab ummi dah pro. Izzat kata kurang tempoyak.. ofkos lah tak boleh bubuh banyak² sebab limited tempoyaknya. Itu pun yang ummi bagi last year. Lainlah kat Tapah, melambak² tempoyak diorang๐
Alhamdulillah.. ummi dan Cik Anuar selera makannya. Memang kami sengaja masak masakan kampung je.
Ibu pasti teringat masa nenek dan arwah atuk nak balik haji Tahun 2008. Masa tu kami dah prepare bahan untuk masak. Arwah Nenek Timah datang rumah tunjuk ajar kepada kami apa menu² yang sesuai dan berapa banyak yang perlu dimasak.
Masak kena lebih sebab pasti ada adik beradik yang akan balik juga.
Alhamdulillah.. Lauk2 menyelerakan betul..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat sediakan untuk mereka.
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah ๐คฒ
Deletealhamdulilah... selamat pulang semua nya... kemain banner LED tu ye hahaha
ReplyDeleteAlhamdullillah..
DeleteMujur tak buat banner pakai kadbod๐
alhamdulillah selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta
ReplyDeleteAlhamdulillah๐คฒ
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteKembali dengan selamat
Semoga mendapat haji yang mabrur
Aamiinn๐คฒ
DeleteAlhamdulilah selamat kembali ke Malaysia. Moga ibadah diterima oleh Allah.
ReplyDeleteAamiin๐คฒ
DeleteSeronok menyambut teramu Allah ye. Makan pkl 1.30 pagi pun mcm makan siang.
ReplyDeleteBetul... aura nya lain macam sambut orang balik haji ni.. semoga mendapat peluang.
DeleteBetul... aura nya lain macam sambut orang balik haji ni.. semoga mendapat peluang.
DeleteAlhamdulillah, selamat kembali...
ReplyDelete