Pages

Wednesday, July 3, 2024

Fisio Bahu


Hari Ahad pagi minggu lepas, ibu dapatkan rawatan fisio. Kali ni untuk sakit bahu pula. Selepas HRP ibu mengalami frozen shoulder. Masa tu makan ubat yang doktor syorkan. Ibu juga pergi berurut dengan Nenek Ina. Alhamdulillah.. lega lah lepas tu. Semenjak 2 minggu lepas sakit lagi bahagian bahu tapi tidak sesakit masa kena frozen shoulder. Sakit tu pula datang sesekali. Kadang nak tidur mengiring ke kanan rasa tersepit bahu. Bila drive jauh, seram juga kot tiba-tiba sakit. Cuma ibu perasan bila keluarkan tangan untuk bayar touch n go bahu ibu akan rasa sakit. Padahal ibu guna touch n go holder. Seolah ibu memaksa otot-otot bahu bekerja keras.

Bila dah sakit, itu yang ibu buat appointment di Physiogo Hillpark. Lagipun ada 1 sesi yang belum digunakan selepas 7 sesi sebelum ini. Alhamdulillah sakit lutut getting better, itu yang ibu tak pergi dah fisio.

Kali ini ibu tak dapat appointment dengan therapist sebelum ini sebab beliau cuti Sabtu dan Ahad. Jadi ambillah mana-mana therapist yang available. Disebabkan ini kes yang lain jadi ibu tiada masalah untuk dapatkan fisio dengan therapist lain. 

Bila check sakit di bahagian tulang belikat/scapula.

Mula-mula tu therapist letak pad panas pada bahagian bahu dan belakang badan dalam 10 minit. Lepas tu urut dengan teknik mereka. Kemudian mereka gunakan mesin TENS. Ini ibu suka hehe..
Dah habis dengan getaran mesin, therapist ajar pula cara-cara senaman untuk bahu.

Menurut therapist, cara kerja yang menyebabkan ibu sakit bahu. 
Mengadap laptop dengan posisi yang tak sesuai dan satu lagi mesti lah faktor usia huhu...

Sekarang ni masa kat ofis ibu akan buat senaman yang disyorkan. Sambil duduk sahaja di workstation.

Ibu pun belum decide untuk teruskan di fisio center atau tidak.
Try buat senaman sendiri dulu. Kalau tak kurang baru buat appointment lain.



3 comments:

  1. Moga sakit bahunya berkurangan ya....

    ReplyDelete
  2. Betul tu, faktor kerja dan umur mempengaruhi juga... Bff Sy kena skoliosis, now kena buat physio juga. Mudah-mudahan bertambah baik keadaan Akk ye 🤲

    ReplyDelete
  3. Alahai...bahu pulak sakit ye kak...semoga lekas sembuh ye..SA ni rajin gak kena sakit belikat belah kiri ni...nak berurut ntah bila nak buat

    ReplyDelete