Pages

Tuesday, July 23, 2024

Jemputan Dinner Dan Durian

Masa kat ofis ayah mesej, senior SAS juga jiran sekampung, Uncle Najib ajak datang rumah untuk dinner dan makan durian.

2-3 minggu lepas ajak juga tapi kami tak dapat datang kerana ada urusan lain. Malam ni free, dapatlah memenuhi jemputan.

Alhamdulillah Acik Lyn hidangkan makanan malam yang sedap². Ada asam pedas ikan parang. Bertambah² Kak Widad makan. Siap bertanya resepi asam pedas yang disediakan.


Bersama tuan rumah yang super baik hati.

Acik Lyn ni ada buat small catering dan juga seorang baker. Masa covid ada minta beliau masakkan pack food untuk family members kami yang dijangkiti covid.

Ayah dan Uncle Najib. 

Lepas makan dihidangkan pula dengan durian. Macam² jenis durian. Menurut Uncle Najib keliling kawasan rumah family mereka ni ada 100 batang pokok durian. Sekarang ni dah buah hujung².

Mereka tidak jual buah² durian tu tetapi akan memanggil sanak saudara dan juga kenalan untuk datang ke rumah mereka bagi menikmati durian yang ada. Ada durian kampung dan juga durian kahwin.

Disebabkan isi durian tebal, ibu makan beberapa ulas sahaja. Tambahan pula baru lepas makan nasi.

Puaslah Kak Widad makan durian malam ni.
 

Sebelum balik dibekalkan pula lempuk durian yang baru dimasak siang tadi.

Sedapnya bau🤤🤤

Alhamdulillah atas rezeki malam ini.

11 comments:

  1. Alhamdulillah... jumpa org yg baik-baik pun rezeki jugak kan? dpt mkn sedap, dpt kenal org baik.. masya allah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga makin murah rezeki cikLyn..jamu org makan..jamu makan durian...
    semoga asbab tu, durian nya menjadi saja...insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia Linda, berbuat baik sesama tetangga Alhamdulillah setiap tahun menjadi buahnya.

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki tu... di ajak makan durian.. ada 100 pokok durian. mah aiii besar dan luas kawasan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas tanah mereka dan beberapa orang adik beradik buat rumah di tanah yang sama. Rumah dalam dusun.

      Delete
  4. Sedapnya lempuk.
    Syukur Alhamdulillah, pemilik tanah durian kongsi hasil dengan orang lain. Moga bertambah rezekinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sebekas tu nampak gaya saya sorang je yang makan kak. Entahler orang-orang kat rumah ni.. makan roti jenis sapu-sapu jem ni diorang tak minat.

      Delete
  5. Kalo udh related dengan durian, diolah macam manapun saya sukaaaa 😍😍😍. Apalagi dimakan langsung. Nampak segar dan terbayang manis duriannya kak 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan dengan roti atau lempeng ni Fanny. Manis. Ini macam jem.

      Delete
  6. Sedapnya durian ya tapi Dania dia je sorang tak makan durian.

    ReplyDelete