Pages

Wednesday, July 10, 2024

Kak Widad Kerja Part Time

Ibu jumpa gambar Kak Widad ni dalam folder file laptop di ofis. Adalah banyak lagi gambar anak-anak yang tersimpan sebelum zaman blog. Tapi banyak jugalah yang terhapus bila simpan dalam CPU sahaja. Rasa ada 1-2 desktop kat rumah yang dah tak boleh guna sebelum ini jadi gambar-gambar pun hilang begitu. Sama juga thumbdrive yang terhilang atau tidak boleh dibaca. Ada juga gambar dari handphone yang tak sempat ditransfer dan bila HP rosak tak dapat nak retrieve. Sayang sekali.

Itu yang bila ada blog ibu akan simpan sebaiknya di sini. Buat tatapan di kemudian hari. Ibu jarang share gambar dalam FB. Segan pula rasanya. 

Mula berblog sekitar tahun 2011 masa tu nak share cerita perkembangan Wafi. Itu yang banyak cerita Wafi berbanding abang dan kakak. Nantilah ibu masukkan gambar dan kakak kot ada yang boleh diimbau.

Ibu ada letakkan tajuk album bagi setiap gambar. Bolehlah tengok tahun bila gambar itu diambil melalui "properties".

Kalau tak silap gambar-gambar yang di save dari tahun 2007 sehingga 2011. Mula guna digital camera tahun 2007 dan sebelum tu guna kamera yang menggunakan filem. Masa tu bila penuh je terus cuci dan albumkan.

Oh ya.. berbalik kepada cerita Kak Widad, hari ni kakak mula kerja part time di salah sebuah kedai sushi. Kedai vendor sushi yang supply kepada peniaga. Semalam kakak kata interview ada 5 orang dan kakak yang dapat. Kak Widad kan memang suka kerja-kerja melibatkan makanan. Tahun lepas part time di kedai buat cookies. 

Sebelum cuti Kawi dah pesan kat ayah banyak kali  agar tinggalkan kereta Viva.. ayah kena bawa Exora. Ayah dah seronok bawak Viva lah tu sebab jimat minyak.

Kerjalah Kawi.. katanya nak simpan duit... 
Dia dah pesan kat ibu, elaun yang ibu bagi tiap-tiap bulan tak boleh stop ya.
Amaun pun kena sama walaupun kakak cuti semester dan juga nanti bila kelas online.

Pitam... ingatkan boleh skip, bolehlah ibu ada extra money 😅

6 comments:

  1. Dekat blog lama.. Tetap ada gambar yg linda upload hilang jugak.. Tak tau lah mcm mana kan...

    Amboi, kak widad.. Betul2 xtra income nie... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. patutlah ada juga gambar dalam blog ni hilang.. jadi petak je.

      Delete
  2. wah ada extra income dah ye kak widad

    ReplyDelete
  3. Bagus Kak Widad, pandai cari duit 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga dia keje.. takdelah ulang alik gi dapur

      Delete