Pagi ni ibu, ayah, Kak Widad dan nenek ke Negeri Sembilan. Tujuannya untuk menghadiri majlis perkahwinan officemate ayah di Port Dickson. Gerak dari rumah nenek jam 9 pagi.
Ayah dah plan brunch dulu di PD sebelum sampai ke kenduri. Search tempat sarapan yang rating tinggi di PD. Itu yang jumpa Kafe Kampung Kaw ni. Nampak jalan masuk di Jalan Haji Sirat.
Masa kami sampai sudah jam 11 lebih. Walaupun ramai pelanggan tapi sekejap je dapat seat.
Nenek order teh tarik.. bila nampak Kak Widad makan teh krisantemun tu.. tanya sedap ke... bila nenek dah rasa.. ehh.. sedap.
Terpaksalah ayah menantu mithali switch air π
Kafe open camni tapi nyaman, mungkin cuaca mendung pagi tadi.
Kami org Seremban x pernah sampai lagi kat sini...nampak menarik..boleh masuk wishlist
ReplyDeleteKafe Kampung Kaw ni sebelum Kopi & Kueh yang SA pergi haritu.. masa nampak kafe Kopi & Kueh tu terus teringat yang SA ada tulis dalam blog itu yang akak baca balik.. mungkin kafe tu buka malam sebab tadi macam takde orang je.
DeleteKafe Kampung Kaw buka sampai jam 2 pm sahaja.
Cantik la kafe ni pun. Nampak luas je....kalau pergi area ni boleh masuk dalam JJCM.
ReplyDeleteSetup dalam kafe memang nampak lapang.. pelanggan yang tunggu giliran ada disediakan kerusi menunggu.
DeleteWahhh kemain yer nenek order set western breakfast
ReplyDelete