Pages

Sunday, July 14, 2024

Makan Tengahari Di Warung Salai Seremban

Balik dari PD, kami singgah lunch di Warung Salai Seremban. Last minute plan bila ayah google tempat makan salai area Seremban dengan rating yang agak tinggi. Sorry ya kaklong kawasan, Suria Amanda tak sempat nak roger². Lagipun memikirkan SA belum begitu sihat dan pastinya sedang berehat.

Warung ni tak jauh dari exit Seremban. Tepi jalan sahaja. Masa kami sampai baru jam 1 tengahari.

Menu makanan.

Ada 3 jenis air balang yang boleh refill. 1 gelas RM3

Set nasi beserta ulam timun, kobis, sambal belacan dan telur masin.

Kak Widad tanya... mana nasi adik?

Laaa.. ibu ingat adik taknak nasi.

Habis tu adik nak makan dengan apa?

🀣🀣🀣🀣

Aahh.. share dengan ibu dan ayah lah.. nasi tu pun banyak.

Tadi adik kata nak hirup asam pedas.. so ibu ingat adik taknak nasi πŸ˜…

Ibu ambil masak lemak cili api salai daging + perut.

Asam pedas telur ikan pilihan Kak Widad.

Nenek ambil MLCA talapia salai.

Ayah pula ambil MLCA itik salai.

Ajomlah makan.
Kuah masak lemak cili api tu sama je cuma lauk yang berbeza. Mereka panaskan asing2 dalam mangkuk.

Walau masa nak singgah sini perut takde rasa lapar sangat tapi bila dah dihidang lauk begini semua habis makan😁

1st bite rasa pedas tapi lama² ok.
Sambal belacan pun makan sikit je sebab pada ibu, MLCA tu dah cukup rasa pedasnya.
Kalau makan terlebih pedas ibu akan rasa kurang enjoy.
Ini just nice.


Masa kami sampai pelanggan tak ramai.. banyak lagi meja kosong. Ada few bikers motor besar baru sudah habis makan.

13 comments:

  1. Selamat menjamu selera
    Nampak sesedap menunya

    ReplyDelete
  2. Masak Lemak Salai kalau kena yg padu mmg padu... Huhuu...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya MLCA salai ni... lama pulak x mkn menu ni

    ReplyDelete
  4. daging salai tu nmpk menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. cuma pada saya potongannya tebal, kalau nipis sikit senang nak makan πŸ˜…

      Delete
  5. Bila cerita pasal salai ni...dah lama pulak tak makan salai ni.....

    ReplyDelete
  6. Saya penasaran dengan rasa salai. Kemarin ada diksh Carneyz pack daging salai tinggal masak. Belum saya coba. Nanti nak rasa lah πŸ˜„πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa up story bila dah masak Fanny πŸ˜†

      Delete
  7. Aaaa ..PH lepas CCL baca entri ni hati meronta-ronta nk turun PD nak makan daging salai ni ..sedapppp . Memang kena dengan selera CCL ..

    ReplyDelete